Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Puak-puak PH nak serang Zuraidah pun pakallah akal

Loading...

PETALING JAYA
: Seorang ibu tunggal menolak dakwaan keluarganya tidak layak menerima bantuan kerajaan kerana hidup dalam kemewahan selepas gambar beliau berlatar belakangkan 2 kenderaan di rumah teresnya tersebar di media sosial.

Nor Aziah Yahaya, 46, berkata beliau menerima bantuan itu selepas dikategorikan sebagai individu layak berdasarkan cadangan wakil penduduk taman perumahannya kerana tergolong dalam kumpulan ibu tunggal.

Beliau berkata, 2 kenderaan dalam gambar tular itu milik arwah suaminya yang kini dalam proses mendapatkan kebenaran mahkamah untuk dijual, manakala rumah yang beliau tinggal bersama anaknya itu disewa.

Katanya, selepas kehilangan suami, beliau menjalankan perniagaan atas talian secara kecil-kecilan untuk menyara keluarga, tetapi pendapatannya terjejas susulan penularan Covid-19.

“Bila ada pihak dari Parlimen Ampang yang diwakili Zuraida Kamaruddin nak beri bantuan kepada kami yang terjejas akibat Covid-19 sebagai golongan ibu tunggal dan asnaf, jadi nama saya terpilih untuk dapatkan bantuan, antaranya sekampit beras dan barang-barang lain minggu lalu.

“Bila sudah dapat bantuan, tiba-tiba ada orang eksploitasi gambar itu seolah-olah saya tidak layak menerima bantuan sebab dalam gambar, saya ada 2 kereta dan rumah besar menyebabkan ramai yang percaya dan turut mengecam saya.

“Tetapi, bantuan yang saya dapat atas kapasiti ibu tunggal dan saya tidak mempunyai pendapatan tetap,” katanya kepada FMT.

Kelmarin, pengguna Facebook bernama Veera Pandiyan Manickam berkongsi gambar Aziah menerima bantuan daripada Zuraida, ahli Parlimen Ampang, akibat penularan Covid-19 dengan berlatar belakangkan 2 kenderaan dan rumah teresnya.

Beliau turut mempersoalkan kenapa barang keperluan untuk golongan miskin diagihkan kepada orang kaya.

Kisah Aziah pernah disiarkan media pada Oktober tahun lalu kerana beliau menggantikan suaminya, Syed Shahfuddin Syed Zainal Abidin, 52, yang meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 12 Jan 2019, menerima Ijazah Sarjana Komunikasi Massa (Pengiklanan) pada majlis konvokesyen Universiti Teknologi Mara.

Aziah berkata, cukai jalan 2 kenderaan milik arwah suaminya itu sudah lama tamat tempoh dan tiada insurans kenderaan.

Katanya, beliau sedang menunggu kebenaran mahkamah untuk menjual 2 kenderaan itu dan menggunakan wang berkenaan bagi membayar pinjaman kenderaan dan tunggakan sewa rumah.

Katanya, beliau terpaksa tampil membuat penjelasan bagi mengelakkan dirinya terus menjadi mangsa buli siber.

Aziah berkata, beliau tidak mampu menolak bantuan kerajaan kerana memikirkan nasib 4 anaknya yang masih bersekolah, termasuk seorang yang melanjutkan pelajaran di universiti.

“Saya tidak fikir siapa yang beri bantuan, saya bukan ahli mana-mana parti politik, tapi bila fikir dalam keadaaan begini saya nak bagi anak-anak saya makan, anak yatim yang kehilangan ayah ini nak makan, wajar saya menerimanya.

“Maaf cakap, saya tak jadi kaya dengan sekampit beras, tapi saya terima sebab anak-anak perlu diberi makan. Ini pertama kali saya terima sumbangan sebegini sebab arwah suami meninggal. Saya malu sebenarnya nak minta bantuan.

“Mungkin orang akan persoal takkan tidak ada harta suami yang tinggal? Memang tidak ada sebab semua tengah dalam proses mahkamah, sekarang hidup, makan apa yang boleh saja, faedah pencen penakat Perkeso suami saya diguna untuk bayar sewa rumah dan keutamaan lain yang wajib diselesaikan.”

Aziah tidak menolak kemungkinan bantuan yang diterimanya dipolitikkan pihak tertentu dan gambar beliau menerima bantuan makanan itu diambil sebagai bukti sumbangan sampai ke tangannya.

Beliau berharap penjelasan ini dapat menepis fitnah yang dilempar ke atasnya dan tiada lagi penyebaran berita tidak tepat.

MR :  Mereka kira ada poin nak rosakkan pimpinan PH mereka hentam.. Cara mereka serangan peribadi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top