Loading...
PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan perintah berkurung di negara itu akan dilanjutkan sehingga 11 Mei ini.
Macron, bagaimanapun, berkata pelonggaran perintah itu akan dilakukan secara berperingkat sebaik jangkitan COVID-19 menunjukkan pengurangan.
“Pandemik sudah stabil dan harapan kini muncul kembali,” katanya ketika berucap kepada rakyat negara itu, hari ini.
Tambah Macron, sekolah akan dibuka semula pada 11 Mei namun, restoran dan kafe belum boleh beroperasi.
Sempadan dengan negara bukan Eropah masih akan ditutup sehingga dimaklumkan kemudian.
“11 Mei adalah permulaan kepada fasa baharu. Ia akan dilakukan secara berperingkat dan undang-undang akan disesuaikan berdasarkan keputusan yang diperolehi,” katanya. - AFP
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...