Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pas kini sudah takutkan MCA, berlembut dengan kafir?

Loading...
Oleh USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN

“Pas menggesa pihak kerajaan mempertimbangkan semula kelulusan beroperasi bagi kilang arak dalam tempoh kritikal Perintah Kawalan Pergerakan ini”, kata Ketua Penerangan Pas selepas keluar dari gua berkaitan isu pengeluar arak dibenar beroperasi dalam period PKP ini.

Gesa pertimbang semula sahaja? Lunaknya berbahasa. Semenjak bila pemimpin Pas begitu lunak berbahasa dengan perkara mungkar sebegini? Semenjak bersebantal dengan MCA?

Jika dengan kerajaan terdahulu, siap dengan hadith reda mungkar, hadith laknat bersekongkol, ayat al-Quran wajib cegah mungkar, dalil haram membiarkan maksiat, semuanya keluar untuk menjadi dalil betapa kerajaan dahulu membiarkan mungkar.

Hari ini, dengan lemah gemalai, kami gesa kerajaan kaji semula kebenaran itu… Amboi, tertib dan lunaknya. Kemana pergi ketegasan dan kelantangan kamu terhadap kami sebelum ini?

Sudah lebur dek habuan dunia? Sudah hancur dek takutkan MCA? Sudah lenyap ditelan jawatan? Sudah tersentut ke dalam perut dek manisnya kejayaan tebuk atap?

Ya, kamu mungkin ada hujah, pelbagai hujah lagi termasuk hujah kaedah Usul Fiqh, atau maslahah dan sebagainya. Jika itu itu hujah kamu, kenapa hujah itu juga yang kami guna dahulu, kamu labelkan kami liberalis dan sekularis?

Sekarang kamu pun dah jadi liberalis dan sekularis juga? Oh, semasa kami buat, kamu kata haram. Apabila kamu buat, kamu hukum halal. Ini virus halaluna haramukum…!

Dulu, kami dituduh takut dengan kaum itu dan kaum ini, dan kami dikata berlembut dengan kafir.

Sekarang, kamu takut dengan siapa, dengan MCA? Kamu pun dah berlembut dengan kafir?

Haaa… sekarang kamu rasalah penangannya. Hari ini kamu sedang menuai pohon berduri yang kamu tanam dulu. Walaupun tidak sepedih Zaqqum, tapi buah itu tersangkut di tekak kamu sekarang.

Ditelah kamu malu, diluah hilang kedudukan. Rasakan…!
Loading...
Back To Top