Loading...
Sebuah lori penyedut najis yang kelebihan muatan tiba-tiba meletup di Hechi, China. Letupan itu menyebabkan beberapa pemilik kedai dan pejalan kaki yang kebetulan melalui di sekitar lokasi mandi najis manusia.
Seorang saksi bernama Dong Tang mengatakan, ia melihat beberapa orang berkerumun di tepi jalan. Awalnya ia menduga telah terjadi suatu kemalangan. Tidak lama kemudian, barulah ia menyedari ternyata ada lori penyedut najis meletup.
"Saya tidak begitu memberi perhatian, namun ia berbau mengenai saya. Itu sungguh menjijikkan. Lalu saya menyedari bahawa sebuah tangki berisi cecair coklat menjijikkan telah meletup serta menghamburkan isi kandungannya itu ke seluruh penjuru jalan dan orang-orang yang sedang membeli-belah atau sedang melalui, "kata Dong Tang seperti dikutip dari Yahoo News UK & Ireland.
Juru cakap dari pihak polis mengatakan bahawa tidak ada mangsa yang mengalami kecederaan fizikal. Namun, sebahagian besar daripada mereka akan mencari pertolongan perubatan kerana takut terkena bahan kimia atau penyakit yang terkandung dalam cecair tersebut.
Seorang pemilik kedai bahkan terpaksa harus segera menutup perniagaan selama seminggu agar dapat membersihkan kedainya.
Loading...