Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kerja Pemasangan Talian Internet Di Rumah Semasa Tempoh PKP Kini Dibenarkan


Internet ialah antara sebab mengapa ramai masih lagi siuman di rumah sepanjang tempoh PKP. Ia juga perlu bagi memudahkan proses bekerja dari rumah dengan lancar. Namun begitu ramai merungut tiada Internet jalur lebar di rumah memandangkan perkhidmatan pemasangannya tidak dibenarkan ketika perintah PKP diperkenalkan.



Hari ini menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerja pemasangan Internet di tempat tinggal kini dibenarkan sepanjang tempoh PKP. Keputusan membenarkan diambil memandangkan Internet kini adalah keperluan asas.

Jadi kepada mereka yang menantikan kerja pemasangan talian Internet yang telah tertangguh sejak sebulan yang lalu, anda kini boleh menghubungi ISP anda untuk melakukan sambungan pada kadar segera,

Sumber Rujukan: Bernama





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

Loading...
width="100%">

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top