Loading...
Haji Awang berucap di hadapan jutaan rakyat Turki |
Apakah kelulusan beliau? Layakkah beliau dilantik ke jawatan Duta Khas bertaraf Menteri sedangkan beliau NAMPAK seperti Pak Lebai kekampungan, tidak fasih Bahasa Inggeris?
Sebelum tu nak tanya pernah tak anda belajar di Universiti al-Azhar Mesir kemudian dipilih menganggotai badan perwakilan mahasiswa Arab mewakili orang Melayu di Nusantara disebabkan kepetahan berbahasa Arab anda?
Kedua, pernah tak anda dipilih mengiringi rombongan Presiden, Menteri-menteri Turki dan Parti Refah (parti Islam pertama di Turki) di bawah Almarhum Nechmettin Erbakan / Najmuddin Erbakan ke Pertubuhan Bangsa-nanga Bersatu (PBB) memperjuangkan isu semasa umat Islam ketika anda masih belajar?
Hadi Awang paling kanan |
Hadi Awang bersama Allahyarham Saddam Hussein |
Kelima, pernah tak anda dipilih sebagai Timbalan Kesatuan Ulama Se-Dunia dipimpin oleh tokoh ulama Sedunia Syeikh Yusuf al-Qaradawiy (ketika itu) ? Nak jadi ahli kesatuan pun payah, di Malaysia hanya 3,4 orang sahaja yang dikenali sebagai ahli kesatuan ini.
Hadi Awang bersama Yusof Qardawi |
Hadi Awang menerima kunjungan pemimpin Hamas, Palestine. |
Kelapan, pernah tak anda lihat seorang tokoh agamawan yang dikunjungi hormat oleh para pendakwah Arab dan Nusantara yang lain di rumah kayu buruknya?
Menerima kunjungan Ulama terkenal Indonesia |
Bukan taksub, bukan ingin memuji-memuja namun inilah hakikat yang TAK RAMAI rakyat Malaysia tahu.
Semua kenyataan di atas merujuk kepada seorang ULAMA dari MALAYSIA iaitu DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI BIN AWANG, PRESIDEN PAS atau nama timangan TUAN GURU AYOH CHIK.
Hadi Awang ketika di Lahore, Pakistan |
Sekadar penulisan ringkas dari saya, seorang abnaul harakah, seorang yang berada dalam tarbiyah Tuan Guru Ayoh Chik dari kecil.
Walau pun tiada pertalian keluarga, tinggal jauh dari beliau, namun ketokohan, kredibiliti dan Ilmu beliau mempengaruhi jiwa kami anak-anak muda.
Artikel ini ditulis oleh Ciksu Hana Hadi
Ulasan Tun Carlos:
Sebenarnya Haji Hadi mampu menarik pemimpin negara-negara yang menyokong gerakan Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) seperti contoh Turki dan Qatar yang sememangnya kaya dengan sumber minyak untuk melabur dan menguatkan lagi hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Manakala Dato Seri Hishamuddin Hussein pula mempunyai hubungan baik dengan negara-negara yang lain termasuk negara timur tengah yang Pro-Arab Saudi.
Video rasmi Biodata Peribadi TGHH ada dalam YouTube ini.
Sumber : LINK
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...