PKP yang dilaksanakan ketika ini menyebabkan perbincangan secara fizikal tidak dapat dilaksanakan lagi seperti sebelum ini. Perkhidmatan pemesejan segera dan panggilan video telah menyaksikan lonjakan baharu dan ia adalah platform paling banyak digunakan oleh pengguna hampir setiap hari.

Kesinambungan itu, Google Duo kini memperluaskan lagi penawarannya melalui sejumlah fungsi baru bagi membantu pengguna untuk kekal berhubung. Antaranya, Google Duo kini telah mengaktifkan penggunaan codec video AV1 (AOMedia Video 1) pada fungsi panggilan videonya. Di mana bantu meningkatkan kualiti dan kebolehpercayaan ketika membuat panggilan video walaupun pada sambungan jalur lebar yang sangat rendah.

Seterusnya, Google Duo juga menambah lebih banyak cara untuk pengguna berkongsi antara satu sama lain. Sebagai contoh, pengguna kini boleh membuat tangkap layar ketika panggilan video berlangsung dan ia akan dikongsikan secara automatik kepada setiap orang yang terlibat. Ciri ini dikatakan mengganti tangkapan skrin secara manual.

Google Duo juga telah disertakan dengan beberapa ciri menarik lain seperti pelekat AR khusus, keupayaan klip video dan nota ringkas dengan teks untuk pengguna berkongsi pelbagai saat indah bersama rakan – rakan atau keluarga.
Dengan penggunaan Google Duo , pengguna kini boleh membuat panggilan video yang lebih berkualiti tinggi dan terus kekal berhubung dengan mudah meskipun tidak dapat bersua secara fizikal.
Sumber Rujukan: Google
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
sila subscribe via telegram
Loading...
href="https://t.me/mindarakyat">https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com




©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...