Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Duta Khas: Galaknya mereka serang Presiden PAS

Loading...

KELUAR pula cerita elaun Presiden PAS sebagai Duta Khas PM ke Timur Tengah. Sebelum PRU14, mereka iaitu cybertroopers PH guna jumlah ini bagi menggambarkan betapa besarnya gaji diraih Menteri BN di Malaysia.

Tetapi selepas PH menang, mereka menafikan pula jumlah gaji dan elaun yang sama diberikan kepada Menteri PH, walaupun tiada pernah ada kenyataan bahawa mereka telah membuat semakan gaji atau pemotongan atas jumlah yang mereka tuduh itu, selepas berkuasa bagi Menteri PH.

Mudahnya, tiada perubahan gaji. Tetapi tidak diketahui berapa. Selepas kalah, mereka guna kembali fitnah jumlah gaji yang dahulu mereka nafikan itu. Dan paling hebat, kali ini dengan info tambahan baru, gaji Duta pun mereka masuk sekali. Perencah rasa kata orang.

Atas maksud ini, mereka jelas telah menipu di salah satu tempat. Menipu atas jumlah gaji Duta dan Menteri dengan rekaan mereka dahulu dan sekarang, atau menipu atas penafian yang mereka mendapat gaji yang sama semasa PH menjadi Menteri.

Gila? Ya mereka gila. Mereka penipu? Tak payah tanya, sebab mereka ingat info ini tidak boleh dicari. Penafian oleh Menteri PH sendiri ketika itu pada 26 Disember 2019. Baca kenyataan Menteri di bawah dan lihat maklumat pada gambar yang tersedia:

* * * * * * * * * * * *

Tidak wujud elaun parking RM5,700 untuk Menteri – Saifuddin

By Wartawan MalaysiaGazette

26 December 2019

Maklumat yang tular di media sosial

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, maklumat tentang elaun parking berjumlah RM5,700 untuk menteri yang tular di media sosial adalah tidak betul.

Katanya, sepanjang pengetahuannya tidak ada elaun seumpama itu dan beliau sendiri tidak pernah menerima kemudahan sedemikian.

Sebelum itu di laman Twitter seorang netizen membuat ciapan:

Ciapan Saifuddin di laman Twitter

Seorang lagi netizen bertanya: “YB boleh bagi simple explanation kenapa perlunya elaun parking sebanyak RM5700 sebulan? Dah lama perkara ni menjadi pertanyaan tp tak pernah ada sesiapa beri penerangan.”

Menteri Luar itu membalas: “Sepanjang pengetahuan saya, saya tak ada elaun parking”.

Beliau juga berkata, maklumat yang tular itu tidak betul.

Sejak kelmarin tular infografik mengenai gaji serta elaun yang diterima menteri. – MalaysiaGazette.

– – – – – – – – – – – –



Sila baca pula fitnah mereka dalam gambar. Nampak tak bezanya? Kita berikan mereka satu lagi tikaman.

Rasulullah S.A.W berkata kepada Amru bin Ash. Maka beliau bersabda:

“Wahai Amru, sebaik-baik harta adalah harta yang dimiliki oleh hamba yang solih.”
(Hadis Riwayat Ahmad: 197)

Jadi aku suka dan berharap kalau benar-benar gaji dan elaun Duta Khas yang mereka kata sebanyak itu, maknanya ia ‘jatuh’ ke tangan Presiden PAS, iaitu orang yang solih. Pasti dibelanjakan ke jalan yang diredhai Allah bagi membantu agama Islam dan manusia keseluruhannya sebagaimana yang telah beliau tunjukkan ketika menjadi MB dahulu.

Bayangkan kalau gaji sebanyak itu dapat kepada DAP atau khadamnya, apa yang mereka lakukan agaknya? Adakah mereka orang yang solih? Jawapannya akan menjadi sama seperti bertanya adakah syaitan itu solih?

Tapi begitulah, mereka sudah menjadi gila kerana kehilangan kuasa hasil gerakan terancang yang sangat bijak oleh Tun Mahathir Mohamad dan dibantu oleh PM, Presiden Umno dan juga Presiden PAS. Mereka hanya suka memilih Presiden PAS sebagai sasaran kerana Islam yang dibawa oleh beliau.

Mereka takut Islam berkembang di bawah pemerintahan Muafakat Nasional jika PM bersetuju dengan saranan oleh Presiden PAS, dan insya-Allah akan, dalam hal berkaitan Islam.

Perancang utama gerakan menjatuhkan mereka, Tun Mahathir mereka tak serang, Muhyiddin yang mendapat jawatan PM setelah mereka jatuh tersembam, mereka kutuk sikit-sikit sahaja. Dengan Presiden Umno mereka terkelu lidah, Najib tidak lagi dikait dengan 1MDB. Malahan Rosmah, orang yang paling banyak diserang juga aman dari hinaan mereka sekarang.

Semua mereka itu diketahui tidak akan mampu membawa agenda Islam. Tetapi PAS yang telah berjaya membuktikan kehebatan bagi menjunjung Islam _insyaAllah_ akan membantu. PAS kuat dalam usaha menegakkan Islam, maka kerana itulah mereka menyerang PAS.

Zaman sekarang Dajjal bagi mereka ialah orang yang solat, mengajar agama, baik dengan ulamak, mempunyai ilmu agama tinggi, beramal dengan ilmu, berkorban demi Islam, menyatukan manusia dan menyebarkan kebaikan.

Manakala orang baik bagi mereka ialah yang melawan golongan di atas, menghina dan mengutuk mereka. Ingat pesan Rasulullah? Dajjal akan menterbalikkan hal baik menjadi jahat dan hal jahat kelihatan baik.

Penghinaan orang dari YADIM itu hanyalah secebis babak dari apa yang aku tuliskan di atas. Pastinya kamu faham. Mereka benci PAS atau Islam sebenarnya?

MOHD NASIR ABDULLAH

5 April 2020 – HARAKAHDAILY 5/4/2020


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top