Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

COVID-19: Korban Manusia Dah Tahu, “Korban” Ekonomi Siapa Yg Follow Up?

Loading...

IMPAK ekonomi akibat dari penularan wabak COVID-19 serta kesannya kepada pelbagai industri di negara ini, bukan perkara kecil. Beberapa orang pemimpin politik dan penganalisa perniagaan turut telah membangkitkan perkara ini dipelbagai platform media.

Di kalangan komuniti perniagaan sendiri, difahamkan isu ini menjadi topik yang sangat hangat. Hasil pemerhatian sendiri, yang banyak bercakap sekarang ialah mereka yang merancang untuk mengurangkan pekerja bagi menyerap kesan hilang pendapatan akibat dari wabak ini, hakikatnya (pun hasil pemerhatian sendiri juga), yang buang pekerja ‘tanpa publisiti’ pun boleh tahan jumlahnya.

Baguslah rakyat dimaklumkan setiap hari mengenai data terkini tentang perkembangan wabak COVID-19 di negara kita termasuk jumlah korban dan sebagai, tetapi bagaimana pula dengan data yang menunjukkan berapa banyak ‘korban’ ekonomi akibat dari wabak berkenaan?

Seperti berapa banyak syarikat ditutup, berapa banyak pekerja yang dibuang dan sebagainya.

Kita faham kerajaan telah melakukan apa yang terdaya untuk mengurangkan impak ekonomi akibat dari penularan COVID-19, tapi rakyat juga perlu tahu apa yang berlaku kepada sektor pekerjaan kita? Semua langkah yang diambil kerajaan sekarang adalah sangat baik, tapi realitinya, semua itu hanya untuk jangka masa pendek – paling tidak 6 bulan akan datang, apa pula selepas itu?

Adalah dicadangkan agar kerajaan mengarahkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk mengambil peranan ini. Walaupun kita sedar tidak semua penutupan syarikat dan pemberhentian pekerja ini yang dilaporkan kepada kementerian secara rasmi tapi banyak sumber lain juga dimana data berkaitan boleh diperolehi seperti dari persatuan majikan, kesatuan sekerja, media sosial dan sebagainya.

Malah, KSM juga boleh menggunakan saluran kementerian sedia ada dimana pekerja boleh melaporkan tentang pemberhentian kerja oleh majikan masing-masing secara terus. Semua data ini dikumpulkan dan ditunjukkan kepada rakyat, tak perlu dilaporkan secara harian pun tidak apa, dapat seminggu sekali pun cukup baik dah.

Perkara ini penting supaya rakyat cakna dengan apa yang berlaku kepada ekonomi di sekeliling mereka. Paling tidak, bersyukur kerana masih lagi mempunyai pekerjaan berbanding mereka yang diberhentikan, kesan dari COVID-19 ini.

Dengan data yang ada, kerajaan juga boleh bersedia untuk menghadapi kesan dari peningkatan jumlah pengangguran pasca PKP.

Mungkin ada langkah atau inisiatif tambahan untuk mereka yang diberhentikan kerja seperti meringankan peraturan untuk membawa e-hailing misalnya. Atau pengurangan pekerja asing untuk diserapkan dengan mereka yang diberhentikan kerja dan sebagainya. - SUARATV



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top