Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Belum reda isu TikTok, kain rentang tertera nama menteri pula jadi bualan


KUALA LUMPUR, 10 April ― Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad dikecam selepas namanya terpampang besar pada sebuah kain rentang yang dicetak bersempena pemberian sumbangan makanan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Sumbangan dipercayai diberikan kepada pelajar yang tidak pulang ke rumah masing-masing susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Kalangan warga maya berpendapat tindakan mempamerkan nama pada kain rentang adalah tidak wajar kerana ia sememangnya tugas Noraini untuk membantu para pelajar IPT.

Terdahulu, Noraini memuat naik fotonya memegang kain rentang tersebut bersama beberapa individu lain di laman sosial Twitter.

Menerusi kapsyen foto tersebut, Noraini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu memberikan sumbangan selain berharap agar keadaan negara kembali pulih seperti sedia kala.

Semalam, Noraini turut menerima kecaman ramai selepas menganjurkan cabaran TikTok di media sosial sebagai salah satu kempen mengajak orang ramai terutama para remaja untuk kekal di rumah.

Rata-rata menganggap tindakan Noraini tidak bersesuai dengan keadaan negara yang ketika ini berdepan ancaman wabak Covid-19.

Bagaimanapun, semakan ProjekMM mendapati hantaran Noraini di media sosial itu telah pun dipadam.



MR :  Tolonglah Menteri PN fokus kerja dengan  baik, jangan jadi macam PH... 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
Loading...
href="https://t.me/mindarakyat">https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top