Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Balik kampung rentas negeri tak dibenarkan pada Aidilfiltri - PM

Loading...

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa orang ramai tidak dibenarkan membuat perjalanan merentas negeri untuk balik kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri nanti.

Ini termasuklah semua perjalanan rentas negeri atas tujuan lain, kecuali untuk tujuan kerja dan pulang semula ke rumah bagi kes terkandas ekoran penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 18 Mac lalu.

“Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

“Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri, maaf, tidak dibenarkan,” katanya dalam perutusan khasnya hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengumumkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang akan menyaksikan hampir semua sektor ekonomi akan mula dibuka Isnin ini.

Larangan itu dibuat meskipun hampir semua sektor perniagaan dan sebahagian sektor sukan akan dibenarkan beroperasi semula bermula 4 Mei ini.

Selain itu, aktiviti solat Jumaat dan segala aktiviti keagamaan berjemaah juga adalah tidak dibenarkan.

“Aktiviti keagamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat juga tidak dibenarkan,” tambahnya.

Selain itu, majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai juga dilarang diadakan.

Ini termasuklah kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan.

Kerajaan turut memutuskan bahawa semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka buat masa ini.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top