Loading...
'Pramugari' larikan diri ketika saringan COVID-19 disahkan alami masalah mental
Mac 25, 2020
Ditulis oleh Media Baharu
Published in Berita Semasa
BAGAN SERAI ,25 Mac - Wanita yang mendakwa dirinya 'pramugari' dan melarikan diri ketika menjalani ujian COVID-19 di Hospital Parit Buntar Ahad lepas, disahkan mempunyai gejala awal wabak berkenaan, selain turut mempunyai simptom masalah mental.
Perkara itu disahkan doktor yang merawat suspek di Hospital Taiping.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, memberitahu, soal siasat yang dijalankan terhadap suspek, memaklumkannya bertindak melarikan diri dari Hospital Parit Buntar dan bersembunyi di sebuah rumah di Taman Panchor Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Soal siasat terhadap rakan yang dipercayai abang suspek mendapati, mereka sebenarnya baru seminggu berkenalan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Loading...