Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Siapa Yang Beroleh Manfaat Terbesar?

Loading...


Secara umumnya pakej PRIHATIN ini bersifat menyeluruh, dan benar-benar prihatin terhadap kesusahan dan keresahan rakyat, peniaga, majikan dan petugas barisan hadapan yang terjejas dengan wabak COVID-19.

Ini berdasarkan komitmen YAB Perdana Menteri yang berpegang dengan prinsip ‘tiada golongan yang akan tercicir’ (no one will be left behind), malah prinsip agihan juga dilaksanakan mengikut kaedah ‘semakin rendah pendapatan, semakin besar bantuan yang diterima' (the lower your income, the higher you will get).

Ini dapat dilihat daripada pengiraan manfaat yang bakal diterima oleh keluarga ‘Makcik Kiah’, dengan anggaran penerimaan bantuan tunai secara ‘one-off’ berjumlah RM4,200 dan penjimatan bayaran berjumlah RM4,464, menjadikan keseluruhan manfaat berjumlah RM8,664 yang pastinya membuatkan ‘Makcik Kiah’ tersenyum dan boleh menarik nafas lega.

APAKAH SOKONGAN KERAJAAN TERHADAP PENIAGA DAN MAJIKAN?

Terlalu ramai peniaga dan usahawan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (SME) kini berdepan dengan aliran tunai yang terhad dan tanggungan kos yang tinggi, sehingga menjejaskan kelangsungan (survival) perniagaan mereka akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Justeru pengumuman Perdana Menteri untuk menyokong golongan peniaga dan majikan diharapkan dapat memberikan kelegaan kepada segmen terpenting ekonomi negara ini untuk terus bertahan, antaranya subsidi gaji, bantuan khas SME, akses pembiayaan, jaminan pembiayaan dan bantuan aliran tunai SME.

APAKAH PENANTIAN YANG TIDAK DIPENUHI?

Banyak pihak mengharapkan kerajaan dapat memberikan pengecualian cukai pendapatan dan potongan cukai yang lebih meluas, seperti yang diumumkan di Singapura, Indonesia dan beberapa negara yang lain.

Namun kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan dilihat belum mampu untuk menanggung pelepasan cukai yang tinggi dalam tempoh terdekat ini.

APAKAH CABARAN PAKEJ RANGSANGAN INI?

Secara umumnya, pakej rangsangan ekonomi adalah tindak balas biasa apabila sesebuah negara berdepan dengan kelembapan ekonomi kerana pihak kerajaan berperanan untuk merancakkan aktiviti ekonomi (pump-priming) ketika pihak swasta dan pengguna cenderung untuk tidak berbelanja.
Pastinya cabaran terbesar pakej rangsangan RM250 bilion ini adalah dalam aspek pelaksanaan yang efisyen dan pengagihan yang saksama.

Dengan suntikan langsung fiskal kerajaan berjumlah RM25 bilion dan anggaran kesan gandaan (multiplier effect) yang sederhana, pakej rangsangan PRIHATIN berjumlah RM250 bilion ini dijangka dapat menampung penjanaan aktiviti ekonomi negara secara meluas, di samping melindungi kebajikan rakyat yang terjejas dengan wabak COVID-19.

- Syahir Sulaiman, Day#10 MCO-extended




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top