Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Senarai penuh perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi

Loading...
Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menerbitkan garis panduan terperinci untuk menerangkan jenis-jenis perkhidmatan dibenarkan untuk beroperasi semasa tempoh perintah kawalan pergerakan, yang bermula hari ini hingga 31 Mac.

Antara 23 perkhidmatan penting yang disenaraikan itu, termasuk, hotel, homestay dan penginapan berbayar.

Menurut MKN, perkhidmatan tersebut dibenarkan untuk beroperasi tetapi tetamu "perlu berada di dalam bilik penginapan mengikut tempoh kuarantin".

Dapur sajian atau makan hanya boleh dipesan dan disajikan melalui room service atau perkhidmatan bilik.
Kemudahan hotel seperti kolam renang, gim, pub, bar, restoran dan spa tidak dibenarkan beroperasi.
Sementara itu, MKN juga mengeluarkan garis panduan untuk sembilan "perkhidmatan tidak penting" yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ini.
Antaranya ialah bengkel kereta, yang dibenarkan untuk "beroperasi pada skala minimum".
Perkhidmatan penunda kenderaan juga dibenarkan.
Menurut MKN, anggota polis dan Rela telah dilantik untuk menguatkuasakan peraturan semasa perintah kawalan pergerakan, yang dilaksanakan untuk mencegah pandemik Covid-19 daripada terus menyebar.
Berikut adalah panduan lengkap yang dikeluarkan oleh MKN:

Loading...
Back To Top