Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Semua tumpu kepada covid-19, seorang ni asyik buat tuduhan aje... nak bangkit api kemarahan

Loading...

Semasa PH memerintah dulu dia tak ada pun bercakap pasal covid-19. Yang dia sibuk bila Mahathir nak letak jawatan. Yang dipost gambar jumpa Mahathir untuk pelan peralihan. Itu dia tahu. Tak ada dia bantu kabinet PH, yang sedia ada. Buat teguran iru ke?

Sekarang dia sibuk dengan pelbgai cadangan. Kemudian salah orang itu dan orang ni kononnya tak buat kerja. Dia pula lebih hebat daripada Menteri Luar berhubung dengan orang diluar negara.

Selagi dia ini ada dalam politik Malaysia, percayalah Malaysia tidak akan aman, Rakyat tak akan bahagia.


...

Anwar: Menteri PN sibuk pikat MP PKR dari tangani Covid-19

Para pemimpin kerajaan Perikatan Nasional saat ini sedang sibuk memikat MP PKR daripada menangani wabak Covid-19, kata Anwar Ibrahim.

Presiden PKR mendakwa antara pemimpin yang giat bermain politik ialah Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

"Kami ada para pemimpin, menteri-menteri, termasuk menteri dalam negeri yang sepatutnya menumpukan kepada isu virus dan keselamatan negara tetapi cuba menarik (sokongan) orang, menghubungi para MP daripada parti kami dan memujuk mereka, menjanjikan bermacam imbuhan untuk menyertai mereka," kata Anwar dalam wawancara bersama CNBC hari ini.

Malaysiakini telah menghubungi Hamzah untuk mendapatkan maklum balas terhadap dakwaan ini.

Anwar juga ditanya wartawan penyiaran CNBC sekiranya PH masih mahu meneruskan cadangan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan jika gabungan tersebut mempunyai bilangan MP yang cukup untuk menyokong usul berkenaan di parlimen.

Menjawab soalan itu, MP Port Dickson berkata walaupun kini beliau menumpukan terhadap kebajikan orang ramai, virus dan keselamatan negara namun Anwar optimis mengenai usul undi tidak percaya PM itu.

Jelasnya, usaha berterusan untuk memikat MP PKR menjadi bukti gabungan politik PN rapuh.

Bagaimanapun, katanya lagi usul undi tidak percaya tersebut bergantung kepada situasi semasa negara.

Pada masa ini, Anwar berkata PH menyokong kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.

"Kami bersama-sama dengan kerajaan dalam semua usaha untuk menangani isu ini," jelasnya.

Menurut Anwar, bagaimanapun, kerajaan kekurangan rancangan yang koheren dan jelas dalam menangani Covid-19.

Banyak yang dapat dilakukan bagi menjaga kebajikan golongan miskin dan memastikan keperluan mereka dipenuhi sepanjang tempoh dua minggu perintah kawalan pergerakan.


MR :  Nak tunjuk hebat, 22 bulan sebelum ni dia buat apa... Kalau sebelum ini ada perintah duduk di rumah oleh PH sudah pasti perhimpunan Tagbligh tak akan terjadi.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top