Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Saifuddin Nasution buat komentar bodoh pasal kewangan kerajaan

Loading...

Kewangan kerajaan meruncing nak bayar RM600 sebulan, kata PH

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan sedang berdepan situasi kewangan meruncing untuk melunaskan pembayaran bantuan bulanan RM600 kepada pekerja yang terpaksa bercuti tanpa gaji.

Katanya, pandangannya itu adalah berdasarkan kedudukan harga minyak dunia kini yang berada sekitar AS$30 setong, merudum hampir separuh berbanding ketika Belanjawan 2020 dibentangkan Oktober tahun lalu, iaitu pada AS$62 setong.

“Itu dah separuh daripada anggaran pendapatan kerajaan dari sumber minyak.

”Sekarang ini, dengan harga minyak yang cuma berlegar pada AS$30 setong, hal itu akan menyaksikan penyusutan pendapatan kerajaan dengan begitu besar sekali, mungkin anggaran sekitar RM10 bilion kehilangan hasil kalau harga 'bermain' pada julat sekarang.

“Saya fikir kedudukan kewangan kerajaan sekarang menjadi sangat-sangat runcing,” katanya dalam sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan hari ini.

Sesi itu dijalankan secara dalam talian sebagai langkah berjaga-jaga ekoran penularan wabak Covid-19.

Saifuddin berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita tentang apakah Pakatan Harapan (PH) yakin kerajaan Perikatan Nasional (PN) mampu membayar insentif RM600 sebulan seperti yang diumumkan semalam.



Ia menjadi kebimbangan berdasarkan maklumat kewangan terakhir sebelum pertukaran kerajaan berlaku.

Mengakui kejatuhan harga minyak itu hanyalah satu daripada banyak faktor lain yang perlu diambil kira, Saifuddin berkata, hal itu sudah cukup menjelaskan betapa “meruncingnya” kedudukan kewangan kerajaan kini.

Berdasarkan pemeriksaan terkini, harga minyak dunia terus mengalami penurunan, dan kini berada pada kadar AS$30.05 setong.

Jangan biar muflis

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan kewangan RM600 sebulan bagi tempoh maksimum enam bulan kepada pekerja yang meraih pendapatan bawah RM4,000 sebulan, yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, dengan peruntukan RM120 juta.

"Seramai 33,000 pekerja disasarkan menerima faedah tersebut,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Bekas menteri pengangkutan, Anthony Loke, pula meminta kerajaan membantu syarikat penerbangan bagi memastikan mereka tidak mengalami muflis.

Kata setiausaha organisasi DAP itu, syarikat penerbangan tidak boleh dibiarkan muflis kerana hal itu akan memberikan kesan yang sangat besar buat negara, terutamanya daripada aspek keterhubungan dengan negara lain yang harus dikekalkan sehingga wabak Covid-19 surut nanti.



“Kalau saya masih menteri pengangkutan, apa saya akan buat? Saya akan terus meminta semua syarikat penerbangan bermesyuarat dan minta mereka (cadangkan) terlebih dahulu apakah bentuk pakej bantuan yang boleh diberi untuk mengurangkan kos.

“Syarikat-syarikat penerbangan ini perlu dibantu, kerana kita tak boleh biarkan mana-mana syarikat penerbangan muflis. Itu akan beri implikasi yang sangat besar kepada negara [...]

“Apabila kita kembali pulih nanti (dari wabak Covid-19), kita perlu pastikan sistem pengankutan kita masih kekal dan kita ada keterhubungan (connectivity) yang berterusan dengan negara lain,” katanya.

Beliau menjawab soalan pemberita tentang laporan yang menjangkakan kebanyakan syarikat penerbangan akan muflis menjelang Mei ekoran wabak Covid-19 yang semakin menular di seluruh dunia.

Antara cadangan Loke, dalam masa dua hingga tiga bulan ke hadapan, syarikat-syarikat penerbangan boleh diberikan pinjaman mudah (soft loan) bagi membantu mereka.

Perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa esok, Rabu, 18 Mac, sehinggalah 31 Mac.

Antara lain, sekatan menyeluruh akan dikenakan terhadap semua perjalanan baik yang melibatkan rakyat Malaysia ke luar negara, mahupun pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.


MR :  Kalau kerajaan PN tak beri bantuan PH bising, kalau beri bantuan PH bising juga.. cilake punya PH nak bangkang aje kerja engkau


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top