Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

‘Pergi, aku benci kamu’, kata Senator AMANAH kepada MP lompat

Loading...
Selepas memutuskan untuk berpaling dari Pakatan Harapan (PH), seorang ahli Parlimen (MP) yang  melompat parti dikatakan cuba menegur rakan  yang ditinggalkannya seperti tiada apa yang berlaku.

Melalui muatnaik status Facebook Ketua Wanita AMANAH Nasional (AWAN), Sanator Aiman Athirah Al Jundi, memuat naik satu status apa yang berlaku ketika para senator baru mengangkat sumpah semalam.

“Dalam satu majlis khas di Dewan Negara, seusai program dan mahu bergerak ke dewan jamuan, saya disapa oleh salah seorang MP lompat.

“Tanpa rasa bersalah dia menegur saya seperti biasa macam tiada apa-apa telah berlaku.

“Seketika saya mengangkat wajah saya kepadanya, secara spontan saya terlafaz kata ‘I hate you, go away’, saya terus berlalu,” katanya malam tadi tanpa menyebut MP berkenaan dari parti mana.


Aiman yang juga Senator Dewan Negara itu berkata, beliau tidak mampu menahan tindakan spontannya oleh kerana rasa benci terhadap kezaliman yang dilakukan.

Jelasnya, pengkhianatan dan pembelotan yang dilakukan PN menyebabkan jatuhnya kerajaan yang dimandatkan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Malah, ahli parlimen berkenaan cuba memujuk dengan memberi respons bersahaja dan mengatakan apa yang berlaku sekadar politik.

“Awalnya dia cuba memberi respons bersahaja dengan cuba memujuk saya agar tidak marah dengan berkata ‘rileks lah, ini hanya politik’.

“Namun, sambil berlalu saya respons ringkas dengan ulangan tegas dua kali “it is not just about politics brother, not just about politics!”

“Awak anggota gerakan Islam, tetapi mengkhianati sahabat-sahabat dan perjuangan sehingga amanah dan mandat rakyat tergadai. Awak kata ini hanya tentang politik?” soalnya yang dipercayai ditujukan kepada salah seorang anggota dalam kabinet Muhyidin yang melompat parti.

Enam senator yang baru dilantik mengangkat sumpah di Dewan Negara semalam.

Mereka ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerajui Kementerian Kewangan.

Yang lain ialah Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon (Timbalan Menteri Pendidikan I) dan Naib Presiden MCA, Datuk Lim Ban Hong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa.

Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (Timbalan Menteri Alam Sekitar) dan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).
Loading...
Back To Top