Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia telah sampai ke tahap maksimum

Loading...

KUALA LUMPUR: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, pengeluar roti Gardenia di Malaysia memaklumkan tidak dapat menambah bekalan produknya di pasaran.

Dalam satu kenyataan ringkas, syarikat itu berkata ia disebabkan pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia kini telah sampai ke tahap maksimum.

“Terima kasih kerana meluangkan masa menulis kepada kami mengenai situasi kehabisan stok produk Gardenia di kedai-kedai.

“Kami ingin memaklumkan bahawa buat masa ini pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia telah sampai ke tahap maksimum. Oleh yang demikian, kami tidak dapat lagi menambahkan bekalan produk-produk kami di pasaran.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas kefahaman tuan/puan dan segala kesukaran yang timbul amatlah dikesali,” katanya.

Tinjauan BH di beberapa pasar raya dan kedai serbaneka juga mendapati stok roti cepat dihabiskan sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa minggu lalu.

Ia bukan hanya membabitkan roti keluaran Gardenia, malah keluaran jenama lain.

Gardenia bagaimanapun akan terus beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top