Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Muhyiddin pertahan jawatan presiden Bersatu, Mahathir pertahan jawatan pengerusi... macam sepakat aje!

Loading...

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilihat cuba mengelakkan konfrontasi secara langsung dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad apabila beliau cuma akan mempertahankan jawatannya sebagai presiden Bersatu dan bukannya bertanding jawatan pengerusi Bersatu, yang merupakan jawatan penting dan berpengaruh dalam parti itu.

Muhyiddin hari ini mengemukakan borang pencalonannya untuk kerusi presiden Bersatu melalui setiausaha politiknya, menurut Bernama.

Muhyiddin, yang menentang Mahathir dengan membentuk sebuah kerajaan baru dengan kerjasama Umno, pernah mengisytiharkan dirinya sebagai pengerusi Bersatu dalam usaha merampas parti itu.
Tindakan itu demi memastikan ahli Parlimen Bersatu menyokongnya sebagai perdana menteri yang baru.

Manakala Dr Mahathir Mohamad akan mempertahankan jawatan sebagai pengerusi Bersatu.

Bekas perdana menteri itu menghantar borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan tertinggi parti itu melalui Ketua Bahagian Bersatu Selayang, Zulkifli Mohamad di ibu pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini.

Borang itu diserahkan pada kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi.



MR :  Mereka gaduh atau pura-pura gaduh nak perkenakan Anwar dan PH?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top