Loading...
Sewaktu rakyat sedang berteka-teki siapakah YB-YB PAS yang bakal naik ke kabinet beberapa ketika yang lalu, ada juga kawan-kawan yang menyebut nama itu dan ini sebagai jangkaan mereka.
Pada saya ketika itu, tidak kisah siapa yang naik, cuma jika ada suatu nama yang boleh dipetik dari PAS, saya mengharapkan nama itu adalah Ustaz Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali at-Takiri.
Beliau kini memasuki penggal kedua sebagai MP Kuala Nerus. Mungkin pada penggal pertama seperti nampak kurang menyerlah sebagai seorang ‘ahli politik’, tetapi kini sudah nampak ada perbezaan yang ketara apabila menang buat kali kedua PRU-14 yang lepas.
Pernah ‘diserang’ dengan pelbagai isu(bukannya isu rasuah pun) yang sebahagiannya sengaja dicipta sebagai serangan peribadi, ternyata serangan tersebut tidak ‘lut’ untuk menutup karisma beliau.
Begitu juga dengan kontroversi lantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Paya Bunga Hotel Terengganu yang pada awalnya mendatangkan kecaman, tetapi kemudiannya ternyata membuahkan hasil dengan mencatatkan keuntungan RM1.4juta, untung setiap bulan bagi Q3,Q4 tahun lalu(sebelumnya rugi sejak 2015).
Apa yang pasti, setiap jawapan yang ditanya oleh moderator sebentar tadi dapat dijawab dengan baik. Saya kira beliau menjawab kebimbangan rakyat mengenai masa depan industri sawit negara kita yang sedang berhadapan paling tidak dua cabaran; embargo pasaran EU dan boikot dari pasaran India.
Perkembangan dari penegasan YB Menteri ketika awal-awal memasuki pejabat tempoh hari untuk mencari pasaran baru dijelaskan sebentar tadi. Katanya, rentetan dari penegasan tersebut, beliau kini sudah menerima penggilan daripada duta-duta negara Timur Tengah untuk membincangkan perkara tersebut. Begitu juga kerjasama dengan IDB untuk meneroka pasaran di Afrika, selain Turki yang dikatakan turut berminat.
Isu boikot pasaran India pula bakal diatasi dengan memperbaiki hubungan kedua-dua negara.
....
Pada saya rakyat mengharapkan Menteri-Menteri dan Timbalan mereka mampu menjadi seorang yang ‘presentable’ dan ‘answerable’ dalam berdepan masalah rakyat.
Rakyat bukan sahaja menilai YB-YB dari sudut hasil kerja mereka, tetapi bagaimana mereka berkomunikasi dengan rakyat. Seharusnya sudah ada ‘checklist’ jawapan-jawapan ‘badut’ menteri-menteri lepas supaya tidak diulangi lagi.
Sebab itulah ketika awal-awal PKP dikuatkuasakan, keadaan menjadi kelam kabut dengan beberapa isu dek kerana masalah komunikasi yang timbul seperti penempatan pelajar IPT serta penutupan talian Kasih.
Ini kemudiannya diperbaiki dengan menteri-menteri berkenaan mula bersuara terhadap isu berkaitan. (Menutup hujah yang mengatakan menteri kena tutup mulut terus sebab MKN ambil alih).
Apapun, kelihatannya keadaan sekarang nampak semakin teratur. Kita doakan semoga menteri-menteri kita dapat bertugas dengan cemerlang. Cabaran pertama ialah untuk keluar daripada belenggu Covid-19. Insya Allah, kita yakin kita boleh dan #KitaMestiMenang.
Ismail Johari
https://www.facebook.com/ismail.johari.77
MR : Masa masih panjang untuk mereka membaiki diri menjadi lebih baik
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...