Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Macai PH jangan bodoh, kalau pemimpin kamu tak setuju jangan sebar fitnah

Loading...

Ramai pimpinan PH terutama daripada DAP tak setuju penggunaan ATM membantu menguatkuasa "Stay at Home". Dalam perkara ini pro dan kontra dan apabila kerajaan memutuskan perlu kerajaan melihat daripada banyak aspek kerana kerajaan yang melaksanakan perintah ini disamping melihat penularan covid-19.

PH ada cadangan dan kita faham. Tapi kalau cybertropper PH (baca macai PH) membuat sebaran fitnah itu bukan mambantu rakyat disuasana begini.

Tolonglah bantu rakyat, jangan sebar fitnah dan berita palsu tolong duduk diam dan kami faham kamu kehilangan kerja sebagai cybertropper.

------

Panglima ATM nafi rakaman tular dakwa tentera diberi kuasa pukul orang awam


PETALING JAYA: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Affendi Buang sekeras-kerasnya menafikan dakwaan rakaman suara bahawa tentera diberi kuasa memukul orang awam, selain mesej tular yang mendakwa pasukan itu memohon bantuan veteran tentera dalam menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan.

Bahagian Hal Ehwal Awam Markas ATM meminta anggota masyarakat berhenti menyebarkannya mesej atau informasi itu serta-merta kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan rakyat.

“Adalah ditegaskan, mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jumaat lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, Putrajaya memutuskan untuk menggerakkan ATM bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat.

Ismail berkata, Putrajaya yakin dengan bantuan tentera, tahap pematuhan rakyat terhadap perintah kawalan pergerakan akan lebih tinggi.

Markas itu berkata, masyarakat tidak perlu bimbang apabila melihat kehadiran anggota tentera daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara kerana tugas sekunder anggota tentera ketika aman adalah membantu pihak berkuasa awam dalam memelihara keamanan negara.

“Sebaliknya, orang ramai perlu bekerjasama dalam mematuhi perintah kawalan pergerakan agar usaha membendung penularan Covid-19 dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin merayu rakyat supaya tidak balik kampung atau melepak di luar rumah sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan selama 2 minggu.

Beliau berkata, jika penularan Covid-19 gagal dikawal, kerajaan tiada pilihan kecuali melanjutkan tempoh perintah kawalan pergerakan selepas 31 Mac ini.

Perintah kawalan pergerakan mengharamkan perhimpunan besar kegiatan agama, sukan, sosial dan kebudayaan, manakala sekolah, premis kerajaan dan perniagaan pula ditutup.

Hanya perkhidmatan asas, pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan pasar mini dibenarkan beroperasi, sementara kedai makan dibenarkan beroperasi untuk perkhidmatan penghantaran dan bawa pulang.


MR :  Dulu dia memang kerana fitnah, sekarang dia orang cuba jatuhkan kerajaan sedia ada dengan fitnah juga... Tapi rakyat dah tahu kencing mereka!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top