Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Larangan keluar antara negeri berkuat kuasa malam ini

Loading...

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata pihaknya sudah bersedia sejak dua minggu lalu untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang akan berkuatkuasa esok.

Antaranya, adalah sekatan keluar antara negeri atau domestik yang akan berkuat kuasa malam ini.

“Orang ramai yang ingin balik kampung perlu maklumkan pergerakan mereka kepada polis.

“Mana-mana individu atau premis yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan boleh dikenakan tindakan.

“Kalau pelanggaran berleluasa dalam tempoh dua minggu ini, PDRM akan mengambil tindakan yang lebih drastik,” katanya pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

Hamid berkata, mereka yang mahu melakukan perjalanan antara negeri perlu mengisi borang khas serta menyertakan dokumen pengesahan tentang keperluan membuat perjalanan berkenaan.

"Borang khas itu boleh diisi di mana-mana balai polis berhampiran atau ibu pejabat polis daerah masing-masing bagi membolehkan pihak polis mengeluarkan surat pelepasan.

"Ia hanya untuk mereka yang mempunyai urusan penting atau kecemasan sahaja," katanya.

Menurutnya, ketika ini, belum sampai tahap untuk polis mengadakan sekatan jalan raya sambil menambah bilangan anggota polis ditugaskan untuk menguatkuasakan larangan itu juga adalah mencukupi.



Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba pada sidang media harian Covid-19, di Putrajaya mengingatkan orang ramai bahawa kegagalan mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan yang berkuat kuasa tengah malam ini, boleh dikenakan hukuman penjara.

Katanya, ini mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

“Bagi kesalahan pertama, individu yang gagal mematuhi arahan boleh dipenjarakan tidak melebihi tempoh dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

“Kesalahan kedua atau berikutnya boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan yang berterusan, individu berkenaan akan didenda RM200 bagi tiap-tiap kesalahan berterusan,” katanya.

MR :  Cuti ni 'perok' di rumah eje..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top