Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kawalan bantu KKM selepas orang ramai tak laksana nasihat, kata KP kesihatan

Loading...


KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan diharap dapat membantu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memantapkan kawalan bagi menangani penularan Covid-19 yang melanda negara ketika ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata melalui perintah bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan Akta Polis, KKM dapat melaksanakan sekatan pergerakan untuk mengelak rangkaian penularan penyakit itu seperti di perhimpunan awam.

“Nasihat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan menjaga kebersihan telah lama disaran oleh KKM tetapi orang ramai masih tidak melaksanakan amalan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.
Setakat 12 tengah hari tadi, sebanyak 125 kes positif baru dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia meningkat kepada 553 kes.


MR :  Ini sebenarnya yang bekerja semenjak PH dahulu... Bukan Orang politik macam Dr Zul


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top