Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Isu Fitnah Desakan Menutup Aurat Pramugari

Loading...

Merujuk fitnah yang kini tular di media sosial, saya menafikan, berita itu adalah tidak benar. Dewan Muslimat PAS tidak pernah mendesak saya untuk segerakan serta merta melaksanakan peraturan pemakaian pramugari patuh syariah.

Poster itu sama sekali tidak benar dan tidak pernah Dewan Muslimat menuntut disegerakan terus, selepas saya menjadi Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga (KMWK).

Kita sebagai kerajaan akan berusaha untuk melaksananya dengan mengikut peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.

Isu pemakaian tudung oleh pramugari yang beragama Islam sudah lama saya bangkitkan di parlimen pada tahun 2017.

Apabila Allah mengharamkan wanita mendedahkan auratnya (kecantikan zahirnya) bukan kerana Allah hendak menyekat kebebasan wanita tetapi kerana Allah SWT menyayangi golongan wanita.

Harga diri wanita terlalu mahal. Apabila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya tetapi maruah wanita Islam seluruhnya.

Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum.

Isu kebajikan warga kakitangan syarikat penerbangan yang sedang berdepan dengan cabaran kini insyaAllah supaya dapat perhatian kerajaan. Kementerian wanita
amat simpati dan akan bincang isu ini untuk kebaikan rakyat seluruhnya. Diharap banyakkan sabar dan perbanyakkan doa serta jaga kesihatan diri dan keluarga.. Semoga kita rakyat Malaysia semua dilindungi Allah dan selamat dari bencana wabak.

Sebarkan seluasnya

FB YB Siti Zailah Mohd Yusoff
https://www.facebook.com/sitizailah.mohdyusoff


MR :  Fitnah ni mainan puak PH, mereka naik kerana fitnah akhir mereka jatuh tak sampai sepenggal


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top