Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Ini bukan kerajaan pintu belakang, ini tebuk ikut atap, kata Hadi

Loading...
"Ini adalah untuk mengambil alih pemerintahan melalui atap, bukan oleh pintu belakang. Tebuk atap," kata Hadi dalam perutusan yang disiarkan melalui facebook beliau.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan yang dibentuk oleh Perikatan Nasional (PN) dibuat secara tebuk ikut atap bukan ikut pintu belakang.

“Ini adalah untuk mengambil alih pemerintahan melalui atap, bukan oleh pintu belakang. Tebuk atap,” kata Hadi dalam perutusan yang disiarkan melalui facebook beliau.

Sehubungan itu, Hadi menyeru seluruh ahli Pas agar bersyukur kepada Allah Taala yang telah mengurniakan kepada mereka peluang mengambil alih kerajaan.

“Kerajaan yang ditinggalkan melalui pintu hadapan bukan pintu belakang kerana kerajaan (yang) telah dijatuhkan mestilah diambil alih dengan sebab-sebab yang berlaku dalam kerajaan itu sendiri,”kata Hadi.

Menurut beliau, penghargaan dan sanjungan patut diberikan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang telah berjasa memainkan peranannya.

“Beliau memimpin negara dalam keadaan yang sangat mencabar dengan keputusan Pilihan Raya Ke-14 yang tidak diramalkan secara yang tidak diduga dengan satu gabungan yang sangat rapuh dan beliau adalah tokoh yang telah berjaya menukar kerajaan itu,” kata Hadi.

Bagi beliau, apa yang berlaku adalah satu perubahan melalui proses demokrasi, kuasa rakyat.
“Itu konsep demokrasi. Sama ada melalui pilihan raya umum atau pun melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat,” kata Hadi.
Loading...
Back To Top