Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Hentikan Tunding Jari Dan Baca Jampi Serapah Lama

Loading...
Oleh Mohd Sayuti Omar

Timbul sedikit ketidak-cerdikan di pihak PH apabila ada pemimpin mereka mengungkit dan membaca jampi serampah memburuk orang itu dan orang ini apabila mereka kehilangan kerajaan.

Sikap itu berbeza dengan BN yang juga pernah hilang kerajaan tetapi tidak menyalahkan sesama sendiri.

Misalnya apa dilakukan Mahathir kini jelas menunjukkan ketidak-cerdikan itu bila mana beliau menjampi balik serapah keburukan Anwar dan hikayatnya kenapa dia marah kepada Anwar dahulu.

Ada beberapa kenyataan Mahathir dikeluarkan selepas beliau tidak jadi PM, dimana tidak sepatutnya kenyataan itu dibuat.

Seperti mana dilaporkan oleh media, terbaharu beliau menjelaskan sikapnya yang tidak mahu Anwar, usahkan jadi perdana menteri jadi timbalan pun dia tidak mahu.

Dan paling baru pula dia menceritakan yang Melayu tidak sokong Anwar kerana Anwar tubuh parti liberal.

Untuk apa dia membaca jampi serapah kebencian itu. Kerana PH menyedari mereka gagal untuk memperolehi sokongan Melayu lah maka mereka setuju menerima dia (Mahathir) bergabung dalam PH.

Hakikat itu diketahui oleh semua orang. Hasil kecerdikan itu menyebabkan PH menang dalam pilihan raya lalu.

Kesedaran itu membawa hasil. Jadi sesudah berhasil dan tubuh kerajaan sepatutnya ia diterima sebaik mungkin tanpa menyebut-yebut kekurangan dan kelemahan masing-masing.

Kenapa setelah kerajaan hilang ia diungkit lagi?

Mahathir juga perlu belajar untuk menerima hakikat dirinya bukan sahaja terus menjampi serapah diri Anwar dengan keburukkan dan kebenciannya.

Paling simple kembalikan kepada peristiwa kehilangan kerajaan PH dan kedudukannya sebagai PM itu. Siapa yang jadi puncanya?

Bukankan diri kamu yang menjadi penyebabnya kerana mudah dijerat dan diperangkap oleh orang keliling kamu sendiri?

Kalau bukan kerana kamu terus bermain dengan stail lama, merajuk, menangis dan letak jawatan, mungkin kerajaan tidak hilang lagi. Kamu lupa stail dan taktik itu sudah dihafal oleh musuh maka bila kamu melakukan berulang kali, kamu yang akan terpedaya dan tewas.

Kehilangan kerajaan PH lalu, disebabkan perangai Mahathir yang menggali lubang untuk membunuh musuh, tetapi tertimbus dirinya sendiri.

Hari ini dia menuding jari dan menyalahkan orang lain yang tidak berdosa. Novel Shit karya Shahnon Ahmad perlu disemak dan dibaca semula. Trims.
Loading...
Back To Top