Loading...
Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa pelik apabila PAS masih menyokong kerajaan negeri yang diterajui Bersatu di Kedah.
Bekas perdana menteri itu berkata, PAS boleh menjadi kerajaan negeri tetapi masih memberi sokongan kepada pemimpin Bersatu.
"Di Kedah, (kerajaan negeri) masih kekal Bersatu, tapi yang pelik adalah PAS. Dia boleh jadi kerajaan (negeri), tapi setakat ini masih lagi beri sokongan kepada pemimpin daripada Bersatu.
Gelak aku, bila Mahathir yang bijak politik tak boleh baca politik PAS.
Ok. Kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN) agak goyah kerana mendapat majoriti yang sangat tipis 114 sahaja dan mungkin meningkat kepada 116 atau 117 setelah kabinet stabil. Bila-bila masa kerajaan ini boleh runtuh jika sokongan MP ini dibeli oleh PH dan Mahathir.
Parti utama (walaupun sedikit) adalah BERSATU dibawah pimpinan Muhyiddin. Parti bersatu masih dalam keadaan kelam kabut kerana Mahathir bawa lari 6 orang yang sebelum ini 3 telah memberikan sokongan kepada PN semasa berjumpa Agong.
Majlis Sekretariat PN belum dapat ditubuhkan kerana BERSATU tiada SU untuk diwakili kerana masih bergelora.
Kedudukan ini sangat membahayakan PN.
PAS mengambil pendekatan untuk menawarkan MB kekal daripada BERSATU iaitu Mukhriz anak Mahathir bagi tujuan 'membeli hati' Mahathir untuk mendamaikan parti BERSATU dengan erti kata lain bila BERSATU berdamai kerajaan PN akan selamat. Jika Mahathir boleh ditarik kembali kepada bersatu, bersatu kukuh dengan sendiri PN akan kukuh dan ancaman PH dan Anwar boleh diatasi dengan mudah.
Kan Bijak politik PAS.
PAS tahu Mahathir begaduh dengan Najib pun kerana Najib tak tolong sokong Mukhriz semasa perebutan dalam UMNO. Mahathir akan mengalah demi anaknya. Tak begitu?
Tapi jika Mahathir degil dan keras kepala, PAS akan 'sembelih' anak kesayangan Mahathir nanti.. Sudahlah Ayah hilang jawatan PM nanti anak hilang jawatan MB.
Jangan fikir bila ramai pemimpin PAS yang khianat keluar tubuh AMANAH, PAS menjadi makin lemah. Sebenarnya ramai orang hebat dalam PAS yang tak suka berebut jawatan ada dalam PAS. Apabila pimimpin khianat keluar mereka sedia terima jawatan dan membantu PAS mengatur langkah menjadikan PAS lebih baik daripada dulu.
Ku Mansor
Perak
MR : Politik pak lebai yang berkain pelikat... menjinak singa.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...