Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Covid-19 LIVE Malaysia Update KKM - New Cases -106 , Total Cases-1634 , Discharged- 183, ICU-64 , Deaths-15 ,

Loading...


TERKINI: Jumlah kematian di Malaysia akibat #COVIDー19 setakat ini ialah 15. Daripada 15 kematian itu, 10 kematian atau 67% adalah kluster tabligh manakala selebihnya mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

TERKINI: 106 kes baru #COVIDー19 dilaporkan di Malaysia menjadikan 1,624 kes keseluruhan, 24 Mac 2020. Daripada 106 kes itu, 43 dari kluster tabligh selebihnya iaitu 63 lain-lain kluster yg masih dlm siasatan. 64 pesakit di ICU termasuk 24 memerlukan bantuan pernafasan.

TERKINI: 24 lagi pesakit #COVIDー19 di Malaysia telah sembuh dan discaj hospital. Ini menjadikan 183 pesakit sembuh keseluruhan atau 11.3%.

Kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka. Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling.

Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.



Loading...
Back To Top