Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Anwar Punca Kejatuhan PH....

Loading...

Sejurus PH menang 2018, Anwar dibebaskan dari Penjara kerana pengampunan di Raja. Anwar terus mengatur langkah selesa kerana isterinya Timbalan Perdana Menteri.

Dia mula mencipta laluan untuk bergelar Ahli Parlimen dengan mengarahkan Ahli Parlimen Port Dikson meletak jawatan bagi memberi ruang kepada Anwar bertanding piliharaya kecil.

Perancangan berjalan lancar. Dia menang selesa. Dia masuk Parlimen. Dengan sandaran perjanjian sudah dimerterai selepas 24 bulan Tun Mahathir kena serah jawatan Perdana Menteri kepada beliau.

Dia pusing seluruh Malaysia bawa peringatan bulan Mei 2020 Perdana Menteri Malaysia ialah Anwar Ibrahim. Tinggal 3 bulan berbaki, dia kuatkan desakan agar Tun bersegera menyerahkan kuasa kepadanya dengan mempopularkan kempen transisi.

Oleh kerana desakan demi desakan, asakan demi asakan, Tun terus meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri. Maka berlakulah krisis membawa kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah 22 bulan.

Anwar Ibrahimlah punca segalanya, Anwar Ibrahimlah punca segalanya,
Saya ulang...
Anwar Ibrahimlah punca segalanya sehingga kerajaan Pakatan Harapan hilang kuasa.

Macam mana pulak PAS yang bersalah? Setiap hari, setiap malam, bekas Menteri kabinet, bekas Timbalan Menteri dan pembesar-pembesar parti menyalahkan Pas terutamanya Tuan Guru Presiden Pas Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.. diserangnya sehingga diluar adat tatasusila berpolitik.

Salah sendiri tidak nampak, salah sendiri disembunyikan, salah sendiri dianggap wira. Tuduhlah rampasan kuasa, pengkianatan kepada mandap rakyat dab sebagainya.

Cuba berfikir sejenak! Jika Anwar tidak desak Tun Mahathir serah kuasa, Siapakah yang terus memerintah Malaysia sekarang ini? Berfikirlah secara CENTER kepala otak YB Khalid Samad ketua komunikasi PAN. Hah.... masih mau pusing lagi ke?

Catatan Noja
20 Mac 2020
Ajil Terengganu.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top