Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Adakah benar Novel Koontz’s 1981 meramalkan covid-19 sebagai Wuhan-400?

Loading...

Lama saya tak menulis dalam blog ini (ganti blog lama saya Nota Tercicir). Mungkin faktor usia. Tapi sejak akhir-akhir-akhir ini, banyak sangat sebarang di media sosial berkenaan dengan  Coronavirus disease 2019 (COVID-19) dengan pelbagai andaian membuatkan rasa saya ingin mengulas sedikit.

Ada yang kata ulama dahulu telah ramai akan Corona Virus ini dan ada juga menyebut tentang beberapa tulisan lalu telah mengaitkan dengan sebuat Novel oleh Koontz’s pada 1981.

Pada tulisan kali ini saya akan tumpukan kepada perbahasan Novel Koontz’s 1981 meramalkan covid-19 sebagai Wuhun-400 kerana ada banyak video dan tulisan berkenaannya telah tersebar luas dan termasuk ditanya oleh anak saya yang tingkatan 4.



Menurut dakwaan seorang pengguna Twitter, seorang penulis terkemuka dari Amerika Syarikat bernama Dean Koontz ada menulis tentang virus yang telah membunuh ribuan nyawa pada hari ini seperti yang tergambar di dalam bukunya berjudul “The Eyes of Darkness”

Anaknya itu pula secara tidak sengaja telah dijangkiti dengan mikroorganisma buatan manusia yang dicipta di makmal Wuhan itu.

Dalam buku tersebut, seorang saintis China telah pergi ke Amerika Syarikat dengan membawa satu disket yang mengandungi rekod Wuhan-400.

Wuhan-400 yang dinyatakan di dalam buku itu hanya boleh menyerang manusia, serta boleh digunakan untuk “menghapuskan sebuah bandar”.

Virus tersebut digambarkan sebagai senjata kimia yang dicipta di sebuah makmal di luar bandar Wuhan. Secara kebetulan, institut tersebut benar-benar wujud dan terletak di luar bandar Wuhan pada hari ini.

Berikut adalah salah satu petikan yang terdapat di dalam buku tersebut yang pastinya dapat menimbulkan perasaan takut pada diri setelah membacanya:
“It was around that time that a Chinese scientist named Li Chen moved to the United States while carrying a floppy disk of data from China’s most important and dangerous new biological weapon of the past decade. They call it Wuhan-400 because it was developed in their RDNA laboratory just outside the city of Wuhan.”
Terjemahan : “Pada masa itu seorang saintis Cina bernama Li Chen berpindah ke Amerika Syarikat sambil membawa cakera liut yang mengandungi data senjata berbahaya biologi baru yang paling penting dan berbahaya milik China dalam dekad yang lalu. Mereka memanggilnya Wuhan-400 kerana ia telah dibangunkan di makmal RDNA mereka di luar bandar Wuhan.”

Walau bagaimanapun ada sedikit pencanggahan dimana Wuhan-400 ini khusus untuk manusia tidak kepada binatang tetapi Virus Corona mengikut saintis dari pelbagai negara telah menerbitkan dan menganalisis genom dari agen penyebab, sindrom pernafasan teruk coronavirus 2 (SARS-CoV-2), dan mereka menyimpulkan bahawa coronavirus ini berasal dari hidupan liar, seperti yang terdapat banyak patogen lain.

Carian dalam edisi 1981 'The Eyes of Darkness' pada buku Google mendedahkan bahawa novel fiksyen itu menyebut senjata biologi 'Gorki-400' bukan Wuhan-400 seperti dihebohkan.


Kita tahu perang dingin dengan Rusia menyebabkan penulis novel selalunya akan menulis untuk menyerang Rusia dengan menamakan sebagai Gorki-400 daripada bandar Gorki.

Menurut artikel di South China Morning Post, Koontz menulis virus yang berasal dari Rusia. edisi pertama buku itu ditulis di bawah nama samaran Koontz, Leigh Nichols. Versi 1981 di buku Google juga mengiktiraf penulis sebagai Leigh Nicols. Salinan awalnya menyatakan bahawa yang menyerang virus yang dipanggil Gorki-400 adalah dicipta oleh orang Rusia dan muncul dari "bandar Gorki".

Katanya lagi "Buku itu nampaknya telah ditulis semula selepas kejatuhan Kesatuan Soviet bermakna negara itu tidak lagi dilihat sebagai "bogeyman" komunis". Mereka menjadi China sebagai sasaran baharu dalam penulisan.

South China Morning Post juga menyediakan petikan dari edisi pertama di mana Gorki-400 dan Rusia dipaparkan pada edisi asalnya.


Perubahan kepada Wuhan daripada Gorki datang apabila buku itu dibebaskan dalam internet di bawah nama sendiri Koontz selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, negara itu tidak lagi komunis dan ancaman kepada Amerika serta sekutunya. Seorang pengarang Amerika yang menunjuk jari fiksyen yang menyalahkan China, dan akan menjadikan The Eyes of Darkness memerlukan seorang penjahat baru, bagi menghidupkan teori konspirasi.

Jika ada kesempatan saya akan mengulas mengenai buku yang ditulis oleh Sylvia Browne bersama Lindsay Harrison yang kononnya juga ada kaitan dengan virus Covid-19.Buku tersebut telah diterbitkan pada tahun 2011. Terdapat petikan yang dikatakan boleh dikaitkan dengan virus Covid-19 ada ditulis di dalam buku tersebut. Buku yang berjudul End of Days” itu juga turut dipercayai mempunyai kaitan dengan wabak penyakit yang melanda dunia pada hari ini.

Dah lewat malam saya henti di sini.








https://cikgurelief.blogspot.com


MR :  Natizen suka benar perkara-perkara pelik dan teori..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top