Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tidak Payah Tambat Lembu Dalam Kandang

Loading...
Oleh Mohd Sayuti Omar

Setelah idea untuk menubuhkan apa disebut Pakatan Nasional berkecai, tiba-tiba muncul idea lain yang menggambarkan ia wujud atas kekecewaan gagalnya muafakat baru itu, yakni untuk mengemukakan undi percaya kepada Dr Mahathir. Ia ditelorkan oleh Tuituman, yakni timbalan presiden Pas.

Lucu idea Tuituman itu, untuk apa hendak dikemukakan undi percaya kepada Dr Mahathir lagi. Siapa yang tidak percaya kepada Dr Mahathir sehingga hendak dikemukakan undi percaya di parlimen. Yang merekayasa kononnya Mahathir sudah tidak dipercayai adalah dari Pas juga. Lucu.

Merekalah yang mencanangkan yang ada usaha untuk menyingkirkan Mahathir dengan undi tidak percaya. Anwar dituduh sebagai orang menggerakan agenda itu. Barangkali Tuituman tidak tahu atau terlupa yang PH sudah membuat konsensus yang Mahathir akan melepaskan jawatan perdana menteri kepada Anwar. Itulah orang suruh masuk PH, tak nak, nah banyak yang berlaku terlepas.

Jadi Anwar tidak perlu gusar dan resah kerana beliau sudah menggegam janji itu. Kenapa pula Pas yang jadi panas punggung dan sakit otak untuk memikirkan hal itu.

Kepada Tuituman, tolong simpan sikit kebodohan enta itu. Jangan terlalu ikut emosi atau membayangi politik Syeikul enta itu. Apa yang bakal berlaku di hari muka patut juga dicongak kira. Macam mana kalau selepas ini Anwar jadi perdana menteri, bukankah Pas akan terhegeh-hegeh menghadapnya untuk meminta apa-apa untuk kepentingan Pas di Kelantan dan Terengganu. Apakah ketika itu anda tidak malu untuk berjumpa dengan orang yang ada buruk-burukkan dan prejudis kepadanya?

Biarlah Tok Dor Hadi sahaja jadi orang politik lus skru, jangan pula enta yang ikut sama lus skru. Simpanlah satu dua skru dalam Pas agar ia dapat mengutuhkan Pas sebagai jenama parti agama.

Bukankah politik Islam itu maslahatnya menetapi syariat. Dan ketahui langkah Pas hendak mengusulkan undi percaya kepada Mahathir itu seperti usaha orang hendak memambat lembu yang sudah pun berada dalam kandang. Kalau pun ia berjaya dilakukan orang cerdik tidak akan bertepuk tangan kepada anda.Elak jadi bodoh berbingkai. Trims.-Mohd Sayuti Omar
Loading...
Back To Top