Loading...
Wabak coronavirus (COVID-19) berkait rapat tabiat memakan hidupan liar yang mudah diperoleh di pasar makanan laut Wuhan di China. Pasar itu umpama pusat lambakan haiwan eksotik, dengan jumlah keseluruhan mencecah 112 jenis.
Lazimnya, kegiatan menjual hidupan liar dilindungi di pasaran gelap, aktif dilakukan pemburu haram bagi mendapatkan untung mudah terutama ketika musim perayaan.
Ia sukar dibanteras sepenuhnya berikutan ramai penggemar makanan eksotik sanggup membayar harga tinggi bagi menikmati hidangan itu.
Menyedihkan, sesetengah haiwan liar ini terdiri daripada haiwan diancam kepupusan. Pemburuan tidak terkawal bagi mendapatkan dagingnya mengundang ancaman besar kepada kepelbagaian biologi.
Penduduk Asia khususnya Indonesia, China, Vietnam, Thailand, Myanmar dan India masih bergantung kepada pemburuan haiwan liar untuk dijadikan sumber makanan.
Bagi masyarakat negara maju pula, haiwan liar seperti mamalia dan reptilia diburu untuk dijadikan makanan eksotik. Di Malaysia khususnya Sarawak, dianggar lebih 2.6 juta haiwan liar ditembak dan 23,500 tan daging haiwan liar dieksport sepanjang tahun. Di Sabah pula, haiwan liar diburu untuk pelbagai tujuan terutama bagi pasaran makanan.
Haiwan eksotik dijadikan pilihan makanan kerana penggemarnya berpendapat ia lebih berkhasiat, selain menjadi penguat tenaga.
Tenggiling contohnya satu-satunya mamalia bersisik di dunia menjadi buruan di Asia untuk jadikan makanan dan bahan ubatan. Ia paling kerap diperdagangkan walaupun tertakluk kepada undang-undang antarabangsa, kerana dagingnya dianggap juadah eksotik dan mewah di beberapa negara termasuk China.
Sejak 2000 hingga sekarang, lebih sejuta tenggiling didagangkan seluruh dunia bagi memenuhi permintaan tinggi di China dan Vietnam.
Dagingnya dikatakan mempunyai pelbagai nutrisi dan baik untuk buah pinggang. Terdapat juga dakwaan mengatakan ia mampu menguatkan tenaga batin lelaki dan membantu memanaskan badan.
Kesannya, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) melaporkan populasi tenggiling Asia merosot sehingga 80 peratus dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, menyebabkan Konvensyen Tentang Perdagangan Antarabangsa Ke Atas Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) mengharamkan sepenuhnya pemerdagangan tenggiling.
Banyak lagi haiwan menerima nasib sama. Hakikatnya, tiada langsung kajian saintifik menyokong dakwaan bahawa haiwan eksotik mampu memberikan khasiat yang tidak boleh didapati dalam makanan lain.
Namun banyak kajian saintifik membuktikan haiwan liar menjadi punca pelbagai penyakit berbahaya kepada individu yang mengambilnya sebagai makanan.
Seperti dilaporkan United States Government Accountability Office (2000), 75 peratus penyakit manusia datangnya daripada haiwan liar. Contohnya pada pertengahan 2002, sindrom pernafasan akut teruk (SARS) menyerang pelbagai negara termasuk Asia dan penyakit ini berpunca daripada haiwan liar.
Itu semua sebahagian daripada rekod disenarai dan buktinya cukup jelas.
Yang pasti, penularan COVID-19 hari ini ada sudut positifnya, apabila kerajaan China mengumumkan pengharaman penjualan haiwan liar di pasar, pasar raya, restoran dan semua platform di negara itu berkuatkuasa 26 Januari lalu.
Di Malaysia, menurut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997, menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak berurus niaga dengan semua hasil haiwan tanpa kebenaran sah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda antara RM30,000 hingga RM100,000 atau penjara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya.
Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) juga diwartakan, dengan pemburu atau mereka yang menyimpan spesies terancam ini boleh didenda sehingga RM 500,000 atau maksimum lima tahun penjara.
Menjadi harapan pencinta hidupan liar sejagat, dengan ancaman COVID-19 kesedaran manusia terhadap kesan pemakanan hidupan liar terhadap kesihatan mereka dapat meminimumkan permintaan terhadap spesies hidupan liar untuk tujuan makanan, seterusnya mengekang kepupusan hidupan liar.
Semoga wujud sinar baharu kepada kesejahteraan dan kelestarian hidupan liar sejagat.
Penulis ialah Ketua Laboratori Kesejahteraan dan Kesihatan Sosial Belia Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra malaysia.