Loading...
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 9 Mac ini bergantung kepada perkembangan situasi politik semasa.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, berkata Parlimen sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.
“Dari segi Parlimen, kami seperti biasa dan memang bersedia. Saya pun tidak tahu apa yang berlaku, mungkin dalam masa terdekat, akan menjadi jelas.
“Kalau saya ada maklumat (terbaru) berkaitan perjalanan Parlimen, saya akan beritahu tetapi dari segi prosedur dan persediaan, seperti biasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin di Kamar Khas, di sini hari ini.
Ditanya berhubung kedudukan kerusi Ahli Dewan Rakyat jika Parlimen tidak dibubarkan, Mohamad Ariff berkata, ia bergantung kepada perkembangan semasa.
“Saya harap semua dapat bersabar, kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku,” katanya.
Terdahulu, Mohamad sah menjadi Ahli Parlimen Kimanis selepas mengangkat sumpah di Parlimen hari ini.
Mohamad mengangkat sumpah di hadapan Mohamad Ariff di Kamar Khas kira-kira jam 10 pagi tadi.
Mohamad ketika ditemui selepas majlis itu berkata, beliau akan menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan amanah dan telus.
“Saya berterima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana menyempurnakan majlis ini. Walaupun keadaan politik masih tidak menentu, saya tetap akan menjalankan amanah dengan baik,” katanya.
Mohamad, 48, menang dengan majoriti 2,029 undi, menewaskan pencabarnya Datuk Karim Bujang, 67, daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, 18 Januari lalu.