Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Rakus Politik, Ada Yang Cuba Semai Bibik Derhaka

Loading...

Agong ini terlalu baik bagi saya. Sejak dari awal saya melihat bagaimana baginda berusaha keras untuk berlaku adil kepada semua.

Ketika SD pertama dikemukakan, semua orang tahu Tun Mahathir (ketika itu calon Perikatan Nasional) telah mendapat sokongan majoriti. Duli Baginda boleh saja memilih untuk mengisytihar Tun sebagai PM semula, tetapi baginda tidak berbuat demikian.

Sebaliknya baginda panggil DSAI ke Istana untuk membuktikan sokongan kepadanya pula.

Sebegitu teliti baginda cuba berlaku adil walaupun drama ini sebenarnya adalah ciptaan bodoh ahli politik untuk meragut kuasa.

Baginda layan. Baginda sabar. Tak ada setitik alis di wajah baginda untuk merasa murka.

Ketika rakyat lelah, baginda turun ke luar pagar istana. Bukan nak bahagi makanan sangat. Baginda turun untuk memberitahu rakyat, "All is well". Jangan bimbang.

Baginda boleh murka. Tetapi rakyat adalah keutamaan baginda.

Seminggu baginda memberi masa, melayan kerenah bangsat sebahagian daripada kalian yang mabuk berpegang pada tali kuasa.

Semuanya dan semuanya kerana baginda mahukan kestabilan hakiki dalam negara.

Dan kali ini apabila baginda membuat keputusan, kalian secara terbuka derhaka mempertikaikan?

Ahli politik celaka apakah ini?

Kalian berjanji untuk menghormati. Tetapi apabila ia tidak menyebelahi diri sendiri, kalian mungkiri.

Kalian bukan saja derhaka. Kalian munafik bangsa dan negara.

Kami rakyat akan sentiasa setia bersama Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja

Baginda payung negara. Bukan payung nafsu kalian semua!

----

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Dataran Austin Kuala Terengganu



MR :  Daulat Tuanku!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top