Loading...
KUALA LUMPUR: Presiden PPBM Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ke-8 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah Jawatan dansetia serta sumpah simpan rahsia sebagai perdana menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini kira-kira 10.33 pagi.
Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri interim setelah meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ke-7 pada 24 Feb lepas.
MR : Harap TSMY akan membuat keputusan yang baik untuk rakyat
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com




©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...
