Loading...
Pemimpin-pemimpin Bersatu hari ini bermesyuarat selama kira-kira empat jam. Bagaimanapun mereka hanya mengunci mulut selepas didekati pemberita selepas tamat mesyuarat tersebut.
Hari ini beberapa kumpulan politik mengadakan pertemuan secara berasingan di Kuala Lumpur, termasuk para penyokong Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Jika sebelum ini sidang media biasa diadakan usai mesyuarat, Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad hanya melambaikan tangan kepada pemberita ketika beredar dari ibu pejabat parti di Petaling Jaya sebentar tadi.
Presiden Muhyiddin Yassin dan Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula enggan mengulas mengenai mesyuarat tersebut. Begitu juga dengan setiausaha agung Marzuki Yahya.
Iklan
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Mohd Rafiq Naizamohideen bagaimanapun berkata tiada apa yang luar biasa berkenaan mesyuarat itu.
"Perkara biasa ... (kita bercakap tentang) hala tuju parti," katanya.
Naib Presiden Mukhriz Mahathir berkata mesyuarat itu "membincangkan perkara biasa" sebelum memberitahu beliau perlu bergegas ke sebuah majlis perkahwinan.
Sebelum ini, Mahathir atau Muhyiddin biasanya akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat MPT.
Terdapat spekulasi berlegar bahawa antara topik yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu adalah kemungkinan kerjasama dengan Umno dan PAS.
Sumber dari Umno juga memberitahu pemberita bahawa para pemimpin parti itu dalam keadaan "bersedia", sementara menunggu hasil mesyuarat Bersatu itu.
Pada masa sama, pemimpin Umno dan PAS mengadakan pemukiman di Janda Baik, Pahang pada hujung minggu ini.
Setakat pukul tiga petang ini, beberapa pemimpin tinggi Umno dilihat di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur, di mana mereka dijangka mengadakan satu lagi mesyuarat.
Cakap-cakap mengenai pensejajaran politik baru mendominasi berita utama sejak minggu lalu, sehinggalah mesyuarat Majlis Presiden PH pada Jumaat lalu.
Dalam mesyuarat itu, PH memutuskan tiada garis masa khusus akan ditetapkan bagi Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...