Loading...
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI), Sitti Hikmawatty memberi peringatan kepada golongan wanita untuk berhati-hati ketika berada di kolam renang awam.
Ini kerana kehamilan boleh berlaku pada wanita yang berenang dengan golongan lelaki di kolam renang awam, yang disebut sebagai kehamilan tidak langsung (tidak bersentuhan).
“Ada jenis sperma tertentu yang sangat kuat. Walaupun tidak berlaku persetubuhan tetapi ada lelaki teransang dan mengeluarkan sperma.
“Lebih-lebih lagi kalau wanita itu pula sedang berada dalam waktu subur, ia berkemungkinan besar boleh berlaku. Tiada siapa yang tahu bagaimana reaksi golongan lelaki apabila mereka melihat wanita di kolam renang,” katanya.
Namun, pakar kanak-kanak, Dr Kriston Silitonga berkata, kejadian seperti itu belum pernah berlaku dan apatah lagi mendengarnya.
“Sel telur dengan sperma harus bertemu dulu melalui hubungan intim di mana sperma masuk ke dalam vagina.
“Kalau berenang, pakai pula pakaian renang, bagaimana sperma boleh masuk ke dalam vagina wanita? Dakwaan itu tidak masuk akal,” katanya.
Apabila wartawan Tribun Jakarta meminta penjelasan lanjut, Sitti Hikmawatty berkata, maklumat itu diperolehi dari jurnal yang ditulis seorang ilmuan dari luar negara.
Kenyataan Sitti Hikmawatty itu kemudian dipetik oleh portal berita antarabangsa sehingga menyebabkan dia dikecam teruk di media sosial. Malah, netizen Indonesia mendesak Sitti Hikmawatty meletak jawatan.
KPAI juga terpaksa mengeluarkan kenyataan rasminya bahawa kenyataan Sitti Hikmawatty itu tidak mewakili mereka, sebaliknya hanya kenyataan peribadi sahaja.
MR : Nanti nak mandi wanita pakailah pakaian yang kemas...
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...