Loading...
Oleh Mohd Sayuti Omar
SEHINGGA ini episod cubaan rampasan kuasa kerajaan PH sudah melewati jam ke 70, atau hari keempat. Ia bermula pada Ahad 23 Februari. Ia masih belum muktamad secara total, dan keadaan masih lagi dalam tanda tanya dan kabur.
Namun sudah ada tanda-tanda ia akan berakhir. Yang jelasnya kumpulan perampas sudah keletihan dan hilang daya untuk meneruskan hajat mereka dan sudah mengaku kalah.
Mereka telah pun mencabut topeng muka dan indetiti mereka sudah dikenali. Rakyat sedang sosial siasat mereka.
Sidang akhbar yang diadakan oleh BN dan Pas di di PWTC lewat petang semalam bolehlah dianggap sebagai pengakuan yang kumpulan perampas sudah pun mengaku kalah. Tewas. Dalam sidang akhbar itu kumpulan itu membuat penegasan mereka menarik balik sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad melalui akuan bersumpah (SD).
Individu yang bercakap mewakili kumpulan itu, dua Setiausaha Agung, masing-masing daripada Umno Annuar Musa, Takiyuddin Hassan daripada Pas, presiden MCA Wee Kah Siong, timbalan presiden MIC M Saravanan dan timbalan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup.
Annuar Musa memberi tahu yang Umno menarik balik sokongan (SD) kepada Dr Mahathir disebabkan tidak bersetuju dengan rancangan Dr Mahathir untuk menubuhkan kerajaan baru apabila ikut sama membabitkan DAP. Maksudnya dalam kerajaan baru itu, DAP ada sama.
Penolakan rancangan itu katanya kerana ia bertentangan dengan prinsip asal parti itu yang tidak mahu kalau ia melibatkan DAP. Dan alasan itu juga digunakan oleh Pas.
Kenyataan itu disamping mengesahkan kegagalan cubaan ramnpasan kuasa itu, ia secara tidak langsung mendedahkan beberapa perkara yang sebelum ini masih tidak diketahui oleh orang ramai, apa yang berlaku sebenarnya dan kenapa ia tiba-tiba berlaku, dan yang penting siapa dia perancangan utamanya.
Dengan angka itu mereka berhak untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan baru dengan Dr Mahathir juga sebagai perdana menteri.
Cara beginilah yang saya katakan rancangan itu sebagai pelik dan aneh dan menyifatkan projek rampasan itu sebagai songsang dan gila kerana Mahathir merampas kerajaan yang dipimpinnya sendiri. Rujuk kepada catatan saya sebelum ini. http://msomelayu.blogspot.com/2020/02/rampasan-kuasa-yang-aneh-dan-sonsang.html#more
Sidang akhbar BN bersama Pas itu sesungguhnya melegakan umum kerana secara tidak langsung menjawabkan persoalan yang berlegar dan berputar dalam kepala orang sejak tiga hari lalu. Sidang akhbar itu juga menunjukkan rancangan jahat itu sudah gagal.
Dalam sidang akhbar itu kumpulan itu bukan sahaja menarik balik sokongan kepada Dr Mahathir untuk menubuh kerajaan baru, tetapi ia juga turut menggesa Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan parlimen bagi pilihan raya umum dapat diadakan.
Gesaan itu semakin jelas dan nyata usaha rampasan kuasa itu gagal, kerana kalau ia masih dalam usaha, untuk apa mereka memberi pandangan kepada Agong membubarkan parlimen.
Walaupun Umno, Pas, MCA, MIC dan PBRS sudah mengaku kegagalan mereka, tetapi dua puak lagi yang ikut dirangkul dalam Pakatan Nasional, yakni PPBM dan "kumpulan khianat" serpihan PKR pimpinan bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali masih belum membuat pengakuan jelas.
PPBM juga mengaku.
Cuma semalam Ketua Pemuda PPBM (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (foto) membuat kenyataan melalui video memberi tahu yang Armada menolak sebarang pembentukan kerajaan bersama Umno selaras dengan prinisp Pengerusi PBBM.
Kenyataan Syed Saddiq itu ia memberi gambaran yang cubaan rampasan kuasa itu mutlak gagal dan ia juga turut membabitkian PBBM.
Bagaimana pun Muhyiddin Yassin selaku presiden PBBM perlu tampil membuat penjelasan dan beliau tidak boleh "membekakkan" perkara itu dalam mulut. Sebagai presiden parti beliau tidak boleh bersikap mendiamkan diri dan melepas tangan ke atas yang berlaku. Penjelasannya dituntut bagi mengelakkan kekeliruan.
Sementara itu, begitu juga dengan kumpulan khianat serpihan PKR masih belum ada kenyataan memperakui kegagalan itu. Azmin yang saya namakan sebagai "kooradinator" cubaan rampas kuasa itu perlu menjelaskan dan memberi justifikasi kenapa rancangan itu gagal.
Berbalik kepada keadaan politik negara ia masih lagi bergolak dan belum tenang sepenuhnya. Seperti mana kita tahu walaupun cubaan kudeta itu gagal, tetapi hakikatnya kerajaan PH sudah pun tidak ada lagi apabila Yang diPertuan Agong memberi perkenan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai PM dan melantiknya sebagai PM interim.
Malaysia kini tidak berkerjaan dan ia diuruskan oleh seorang individu sahaja, Mahathir.
Apa yang dituggu kini adalah pembentukan semula kerajaan PH. Semua rakyat yang terkesima dengan kejadian Ahad lalu itu sedang menanti bagaimanakah cara pembentukan semula kerajaan itu akan dilakukan.
Yang tertompok dalam kepala semua orang apakah kerajaan PH yang baru itu masih lagi berketuakan Mahathir ataupun ia akan diambil alih oleh Anwar Ibrahim. Saya yakin jawaban ke atas permasalahan ini akan terjawab dalam tempoh kurang 48 jam. Tunggu.

Dengan memahami apa dinyatakan dalam sidang media itu, bahawa rancangan untuk menubuhkan kerajaan baru memang dirancang sedemikian rupa. Seperti mana kata Takiyuddin, pakatan atau kumpulan bertanggungjawab melakukan kudeta itu dinamakan Pakatan Nasional. Pakatan Nasional ini terdiri daripada Umno - Pas - MCA - MIC, bersama dengan PBRS, PPBM dan kumpulan serpihan daripada PKR yang dipimpin oleh Umno.Untuk membentuk kerajaan baru itu mereka terlebih dahulu perlu menumbangkan kerajaan PH yang sedia ada dengan cara menghilang kuasa kerajaan PH. Untuk tujuan itu menurut Takiyuddin kumpulan itu (PN) mempunyai 130 suara, atau pengakuan bersumpah ahli parlimen secara SD.