Loading...
Kita sedia maklum bahawa PAS bertegas untuk tidak menyertai kerajaan secara "Pintu Belakang". Bukan sekali dua penegasan dibuat. Tetapi kenapa ada kelibat pemimpin tertinggi PAS dalam percaturan panas sejak semalam yang memperlihatkan kerajaan PH dihujung tanduk? Apakah PAS mungkir janji atau cakap tak serupa bikin?
Sebenarnya, PAS memang tidak akan menyertai kerajaan secara "Pintu Belakang". Tetapi, tidak semua orang tahu tafsiran "Pintu Belakang" itu bagaimana pada sudut pandang PAS atau pun sudut perlembagaan Malaysia. Mungkin perkara ini sudah lama dirangka supaya tidak sekali-kali menjadi "Pintu Belakang", supaya PAS boleh decide untuk join.
Beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum memulakan Langkah Sherton semalam:
1) Untuk tarik PAS join, kena rangka strategi supaya tidak jadi "Pintu Belakang", dan yakinkan PAS bahawa ia bukan "Pintu Belakang". Syarat kedua untuk PAS join adalah "Tanpa DAP dan AMANAH".
2) Manakala syarat UMNO pula "Tanpa DAP".
3) Untuk membolehkan permuafakatan UMNO dengan Tun Mahathir, movement mestilah "Tanpa DS Najib". Bagi menjayakan movement, DS Najib sendiri sanggup tidak dilibatkan, dan sanggup menandatangani SD menyokong movement.
Lihatlah jawapan selamba Presiden PAS apabila ditanya mengenai "Pintu Belakang", beliau menjawab inshaAllah kita akan masuk Putrajaya ikut "Pintu Depan". Di sinilah wartawan pakat kena getah, tak tanya balik apa itu "pintu depan" apa itu "pintu belakang".
Sekian
Dr Tanaka Mustafa
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...