Loading...
PH sendiri yang gagalkan kerajaan PH sendiri apabila PPBM umum keluar dari PH.
PM ke-7 yang sendiri letak jawatan dan YDP Agong sudah menerima permintaan peletakan jawatannya.
Ianya cuma perlantikan PM interim sahaja kerana PM ke-8 tak pernah angkat sumpah untuk menjawat sebagai PM.
PH sendiri yang gagalkan kerajaan PH.
Ini adalah bukti paling kukuh bahawa kerajaan PH adalah satu kerajaan yang gagal.
Keyakinan Rakyat terhadap kerajaan PH sebelum ianya dibubar sendiri sudah menjunam ke paras 20% seperti kaji selidik Merdeka Center pada akhir tahun lepas.
Ini terbukti dalam keputusan PRK Tanjung Piai di mana PH hanya mampu menang 25% daripada semua undi yang diberi.
Terbukti juga dalam 4 PRK yang lain.
Jika keyakinan Rakyat sendiri sudah begitu rendah, macam mana pelabur tempatan dan asing akan yakin.
Sebab itu, aliran keluar dana asing dari Malaysia semakin besar.
Sehingga Bursa Malaysia menjadi paling corot dalam dunia dan jatuh ke paras paling rendah sejak 9 tahun yang lalu.
Sehingga ekonomi Malaysia menjadi paling lembab sejak 10 tahun yang lalu.
- Dividen LTAT paling rendah dlm sejarah
- Dividen KWSP paling rendah sejak 11 tahun lalu
- Dividen ASB paling rendah dlm sejarah
- Hibah Tabung Haji paling rendah dlm sejarah
- Jualan aset negara secara lambak
- Hutang negara naik RM120b sejak tahun 2017.
- Nilai Ringgit USD1=RM4.23, turun 40 sen sejak PRU14
- Petronas diturun penarafan oleh Moody's buat kali pertama dlm sejarah
- penarafan keselamatan penerbangan Malaysia juga diturun buat kali dalam sejarah
Keharmonian antara kaum semakin merosot.
Bantuan Rakyat dimansuh atau dikurangkan.
Hubungan antarabangsa negara juga terjejas.
PH bukan sahaja menipu manifesto mereka tetapi Rakyat ditipu dan dihina tiap-tiap hari dengan permainan propaganda mereka.
Undang-undang negara dipermainkan.
Sekejap tangkap dan dakwa. Sekejap gugurkan pendakwaan kononnya tak yakin boleh menang dalam mahkamah.
Adakah PH masih mampu nafi bahawa kerajaan PH sudah terbukti gagal?
Perlu ingat.
PH sendiri yang gagalkan kerajaan PH sendiri apabila PPBM umum keluar dari PH.
PM ke-7 yang sendiri letak jawatan dan YDP Agong sudah menerima permintaan peletakan jawatannya.
PH sendiri yang gagalkan kerajaan PH.
Sebab itu, mandat perlu dikembalikan kepada Rakyat secepat mungkin pada ketika ekonomi negara semakin lemah dan dunia sedang terkesan dengan ancaman wabak koronavirus.
Rakyat dah tak yakin.
Rakyat dah muak dengan segala-gala permainan dan drama rebut kuasa sesama PH.
Rakyat dah tak mahu PH menjadi kerajaan sekali lagi.
Biar Rakyat memilih kerajaan baru.
#BUBAR
NAJIB RAZAK
MR : Tapi nak berdalih nak buat Kerajaan Perpaduan..
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...