PETALING JAYA, 30 Jan — Pengiktirafan sumbangan Nabi Muhammad dan Quran oleh Amerika Syarikat yang dikongsi seorang ahli sosiologi negara itu di laman sosial mendapat perhatian pendakwah tempatan, Ustaz Abdullah Khairi.
Abdullah yang turut berkongsi kenyataan Dr Craig Considine di Instagram berkata, kebenaran Nabi Muhammad dan Quran adalah suatu yang tidak disangkal dan merupakan fakta sejak azali.
“Hangpa baru tau ka? Orang dok habaq lama dah hoi,” tulis Abdullah.
Terdahulu, Craig yang merupakan pengkaji Islam dan Kristian dari Universiti Rice, Houston berkata negaranya telah mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai salah seorang penyampai undang-undang terhebat di dunia.
“Mahkamah Agung Amerika Syarikat iktiraf Nabi Muhammad sebagai salah seorang penyampai undang-undang terhebat dalam sejarah.
“Sekolah Perundangan di Universiti Harvard memperakui Quran sebagai salah satu kitab untuk keadilan di dunia,” katanya.
Perkongsian Abdullah setakat ini menerima lebih 7,125 tanda suka sejak dimuat naik, semalam.
Rata-rata mendoakan agar tokoh akademik itu mendapat hidayah daripada
Loading...
Allah.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com




©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...