Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

DAP Pembela Pemandu Mabuk?



Terasa gelihati pula membaca kenyataan pemimpin-pemimpin DAP yang membidas kerajaan terdahulu kerana kononnya tidak peka menangani isu pemandu mabuk sehingga menyebabkan banyak kematian orang awam yang tidak berdosa sejak akhir-akhir ini.

Dakwa mereka, sikap tidak peka kerajaan terdahulu dalam menangani isu pemandu mabuk ini menyebabkan hukuman terhadap pemandu mabuk yang ada di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 terlalu ringan di mana akta ini sendiri kononnya tidak pernah dipinda.

Jika kita kaji balik, pada tahun 2005, telah ada usaha untuk meminda akta ini, di mana Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam waktu itu, Datuk Othman Talib, pernah mengumumkan lesen memandu pemandu mabuk akan ditarik selama-lamanya.

Begitupun, sepantas kilat pemimpin DAP, Teresa Kok Suh Sim, mengeluarkan kenyataan meminta cadangan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini tidak dilaksanakan kerana ia kononnya terlalu keras (too harsh), dan pada akhirnya cadangan ini tidak dilaksanakan.

Lagi mahu salahkan kerajaan terdahulu jugakah?

Dan eloklah jika cadangan ini dilaksanakan balik.

Dr Kamarul Yusoff



MR :  Kalau tak ditumbangkan PH makin hari makin rosak negara ini


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

Loading...
width="100%">



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top