Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

5 warga Indonesia diculik di Sabah oleh pengganas, Mat Sabu dituduh cuai

Loading...


JAKARTA – Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu dikritik dalam kejadian lima nelayan warganegara Indonesia diculik di perairan Lahad Datu pada Khamis lepas.

Jakarta mendakwa koordinasi dan keterlibatan pihak berkuasa Malaysia dalam pengamanan perairan Sabah, Sulu dan Sulawesi tidak berkesan, membolehkan penculikan militan nelayan oleh militan Abu Sayyaf.

Lima nelayan Indonesia diculik oleh militan Abu Sayyaf di perairan Tambisan berdekatan Lahad Datu, apabila kapal nelayan mereka dinaiki orang bersenjata dan membawa lari mangsa.

Timbalan Menteri Luar Mahendra Siregar berkata kerajaan Indonesia amat kesal penculikan rakyatnya berulang.

“Kelihatannya keadaan ini kerana koordinasi atau keterlibatan pihak berkuasa di Malaysia tidak efektif selama ini,” katanya menurut laporan CNN Indonesia.

Manakala bekas Menteri Pertahanan Malaysia, Hishammuddin Hussein berkata, selepas hampir dua tahun Mohamad menerajui Kementerian Pertahanan, masih tidak ada perkembangan baru dan usaha untuk memantapkan inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang turut membabitkan ATM, Tentera Nasional Indonesia dan Angkatan Tentera Filipina.

“Saya tidak nafi TCA ini dimulakan semasa saya menjadi menteri pertahanan. Malah, bukan TCA sahaja, banyak lagi perancangan pertahanan dapat dilaksanakan dengan cepat serta tersusun kerana keakraban hubungan saya dengan menteri pertahanan Indonesia dan Filipina.

“Kalau iya tidak suka inisiatif dimulakan Barisan Nasional, beritahulah apa perancangan Pakatan Harapan untuk memperkukuhkan keselamatan khususnya di kawasan perairan Sabah,” katanya.

Dakwanya, sudah berkali-kali beliau meminta penjelasan dari Mohamad berhubung perkara ini, di Parlimen dan media sosial, namun sehingga ke hari ini masih tiada sebarang jawapan. – Buletin Asia


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top