Oleh MOHD KHALIL SREEDARAN
Tatkala kerajaan mula melancarkan aplikasi 5G seperti di Majlis Pelancaran Projek Demostrasi 5G Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) di Langkawi, dunia masih belum kecoh dengan virus korona 2019-nCoV. Ketika itu, 5G dilihat sebagai senjata terkini yang ampuh dan teknologi yang terkini dalam dunia alaf baru.
Kepesatan teknologi 5G dianggap sebagai senjata dan teknologi yang dilihat melangkaui sempadan dan mampu merentasi global dalam sebarang arus serta halangan yang didepani manusia. Kemampuan dan nilai tambah terkini yang dibawa oleh para saintis yang mencipta teknologi 5G tampak sebagai sesuatu yang mengujakan dalam kehidupan manusia yang dilengkapi dengan pelbagai gajet dan aplikasi.
Namun, dalam kelekaan seluruh umat dunia yang teruja dengan teknologi terkini tersebut, tanpa disedari kita seolah-olah terperangkap dalam kelekaan sehingga bahana Koronavirus mula mencengkam seluruh dunia. Di saat tulisan ini diwacanakan, lebih 100 kematian telah disahkan.
Hampir seluruh pelusuk dunia berada dalam tahap kesiapsiagaan dan sempadan di negara-negara yang menerima tempias jangkitan Koranavirus dipertingkatkan tahap keselamatannya. Malaysia tidak terkecuali, terbaru pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memohon peruntukan tambahan untuk melengkapkan teknologi imbasan di pintu masuk negara.
Dr Dzulkefly menerangkan, “Pengimbas suhu penting kerana mereka (pelancong) mungkin terlepas (jika pengimbas suhu di pintu masuk negara tidak mencukupi). Buat masa ini, kita ada 51 pengimbas suhu, namun kita sudah minta Menteri Kewangan beri peruntukan tambahan ketika krisis ini.
“Ia untuk membolehkan kita mengawal dan meningkatkan keupayaan peralatan kita,” katanya pada sidang media Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Bangunan Persatuan Hokkien Klang di sini, baru-baru ini (BH Online, 26 Januari 2020).
Langkah-langkah awal dan tindakan yang diambil oleh pihak KKM amat baik dan diharapkan efisen serta membantu kakitangan kementerian dalam menangani kes yang sedang menular ini. Dalam pada itu, kita perlu juga berwaspada dengan ancaman dari dalam negara sendiri seperti yang disebut oleh Dr Dzulkefly betapa, “
We have two problems at

Loading...
hand…one is the virus, but the more pressing one is the viral fake news on the spread of the virus…accusations by many netizens that Malaysia is not serious in tackling the problem as the nation had yet to bar incoming tourists from China (Bernama, 27 Januari 2020).”
Menangani ‘virus’ yakni berita-berita palsu dan tidak benar mengenai virus yang sedang merebak ini adalah tidak sihat dan mampu untuk menimbulkan keresahan di kalangan rakyat negara ini. Kita tidak mahu, dalam usaha kita untuk menangani masalah Korona virus ini, kita ditempuri dengan ‘virus’ berita palsu sehingga mampu mengucar-kacirkan negara.
Kenyataan bersama oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai isu ini perlu diambil perhatian serius. Menurut mereka, “PDRM dan SKMM mengambil serius akan perbuatan ini dan tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu sehingga menyebabkan ketakutan, panik atau kegusaran kepada orang awam, seterusnya menimbulkan kekecohan dan kemudaratan kepada kestabilan negara.
“Pemantauan oleh PDRM dan SKMM mendapati media sosial dan pesanan dalam talian telah menjadi satu platform utama bagi penularan berita palsu mengenai novel koronavirus (2019-nCoV),” (Astro Awani, 27 januari 2020).
Kenyataan bersama yang dibawa oleh kedua pihak berkuasa ini jelas menunjukkan betapa kerajaan perlu serius dalam menangani isu ‘virus’ dan ancaman berita palsu yang makin merebak ini. Ini masanya, dalam kekecohan di media sosial kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu berusaha lebih keras dalam menangani ‘virus’ yang melanda ini.
Kebanjiran bahan berita, maklumat yang tidak disahkan dalam pelbagai laman sosial termasuk internet wajar diberikan perhatian oleh semua pihak. Jika demonstrasi pelancaran 5G seperti di Langkawi boleh dilaksanakan, sudah pasti negara ini yang tidak kurang para pakar teknologi mampu untuk menterjemahkan suatu aplikasi yang mampu menangkis segala berita-berita palsu atau ‘virus’ ini.
Sudah tiba masanya, segala tenaga dalam bidang berkaitan digerakkan untuk membantu kerajaan dalam menangani isu penyebaran maklumat dan berita palsu. Para cendekiawan di universiti awam atau swasta wajar diterlibatkan bersama demi memastikan negara tidak termusnah dengan ancaman yang mampu mengucar-kacirkan negara ini. Negara ketika ini memerlukan gandingan pelbagai pihak tanpa mengira ideologi dan bangsa untuk menangani masalah berita dan maklumat palsu.
Ini bukan masanya untuk menuding jari kepada sesiapa. Pihak berkaitan sedang menangani kes koronavirus, dan kita sebagai rakyat perlu bangun untuk tangani ‘virus’ yang disebut oleh Dr Dzulkefly ini.
*Penulis adalah bekas penyunting Harakahdaily dan kini sebagai Pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel).