Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tak Rasmi BN menang di Kimanis dengan majoriti lebih 1700

Loading...

Berdasarkan pengiraan tak rasmi, calon BN Mohamad Alamin menang PRK Kimanis. Beliau mengalahkan lawannya Karim Bujang dari Warisan. Berdasarkan pengiraan tak rasmi, Mohamad Alamin sudah berjaya meraih 11,992 undi, sementara Karim mendapat 10,200 undi.

Jumlah undi yang diraih Mohd Alamin itu telah melebihi separuh keseluruhan undi, yang memastikan kemenangna untuknya.

Seorang penganalisis dalam respons segera berkata jika BN memenangi PRK Kimanis, ia hanya menunjukkan pengundi Kimanis juga dipengaruhi isu nasional.

"Ini menunjukkan ketidakpuasan terhadap prestasi kerajaan Pakatan Harapan, telah merebak ke Sabah," kata penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi.

Beliau menambah bahawa rakyat juga tidak berpuas hati dengan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) Sabah yang akan dilancarkan pada Jun.

Sebelum ini, pelbagai tinjauan mendapati isu dan pembangunan tempatan akan menjadi faktor utama dalam PRK Kimanis.

BN disokong oleh PAS dan parti pembangkang tempatan manakala Warisan disokong oleh Pakatan Harapan. Kempen PRK ini bermula pada 4 Jan lalu dan berlangsung selama dua minggu.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top