PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.
Pada sidang media khas, di sini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, memperdengarkan klip audio berkaitan perbualan berkaitan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.
Antaranya, rakaman percakapan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, mendedahkan maklumat siasatan mengenai skandal dana 1MDB kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 2016.
Latheefa berkata, semua rakaman percakapan yang didedahkan SPRM didakwa berlaku pada 2016, dan hasil siasatan setakat ini mendapati ia adalah tulen.
"Kami telah diberikan rakaman

Loading...
itu...selaras dengan penyiasatan, kami dapat mengesahkan kesahihan mutlak rakaman berkenaan.
"Kandungannya mengejutkan, ia adalah untuk menyembunyikan dan subversif keadilan....
“Demi kepentingan awam, kami mendedahkan kepada umum kandungannya," katanya mengenai sembilan set klip audio berkenaan.
Beliau berkata, rakaman berkenaan dipercayai membabitkan sekurang-kurangnya tujuh individu, iaitu Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Dzulkifli; bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin serta Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan dan Ketua Eksekutif Mubadala Development Company (MDC) Khaldoon Al-Mubarak.
Katanya, perbincangan antara individu dalam rakaman terbabit menunjukkan wujud elemen konspirasi jenayah, pecah amanah, salah guna kuasa, pendedahan maklumat sulit, pemalsuan dokumen dan ancaman keselamatan negara.
“Kesemua sembilan set rakaman percakapan berkenaan diterima SPRM pada awal tahun ini.
“SPRM akan menyerahkan semua rakaman percakapan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.
“Dalam episod kotor pengkhianatan kepercayaan awam dan jenayah ini, kita boleh bersyukur kerana ada seorang penjawat awam berani yang tahu tentang tugasnya - Tan Sri Abu Kassim Mohamed," katanya.
Abu Kassim adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika perbualan telefon itu didakwa berlaku. Beliau digantikan oleh Dzulkifli pada 1 Ogos 2016