Loading...
Oleh Zin Mahmud
Sudah seminggu berlakunya peletakan jawatan Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan. Tindakan beliau sememangnya mengejutkan tetapi kesannya masih berpanjangan dan tidak ada hari tanpa ulasan mengenainya.
Ada 3 reaksi terhadap peletakan jawatan beliau. Pertama, pihak yang menyatakan sokongan terhadap beliau. Kedua, ada yang menyatakan sokongan terhadap langkah perdana menteri menasihati beliau. Ketiga pula, ada yang menyatakan sikap yang bercampur-baur. Pada satu pihak, bersimpati pada Maszlee, di pihak lain pula memahami mengapa Dr Mahathir Mohamad bertindak demikian.
Begitu juga persoalan punca utama Mahathir menasihati beliau. Pelbagai laporan membutirkan mengapa perdana menteri mahu Maszlee meletakkan jawatan. Jadi, terdapat banyak tafsiran. Apa yang nyata ramai orang, sekurang-kurangnya warganet tidak boleh “move on”. Lebih-lebih lagi sehingga ini belum ada pengumuman siapa pengganti Maszlee. Keadaan ini bertambah buruk apabila penyokong pembangkang menularkan maklumat palsu untuk memburukkan kerajaan.
Dengan keadaan sebegini yang berlarutan, maka bolehlah disifatkan negara ini memasuki tempoh pasca-Maszlee, mengambil kira perbezaan keadaan politik sebelum dan selepas peletakan jawatan beliau. Maka kesempatan ini juga boleh diambil untuk menilai apa yang silap dengan kerajaan Pakatan Harapan terutama dalam hal berkaitan dengan pendidikan.
Banyak komentar mempersoalkan mengapa Maszlee dulu dinasihati meletak jawatan sedangkan terdapat menteri lain yang kurang berprestasi. Selalunya nama yang sering ditimbulkan dalam hal ini ialah apa yang mereka sebut “menteri kereta terbang” di samping menteri pembangunan luar bandar. Kedua-duanya seperti Maszlee dari PPBM. Tetapi banyak kritikan ini dari pembangkang yang mahu memburukkan Kabinet PH. Ataupun dalam kalangan penyokong PH tetapi anti-Mahathir.
Kementerian Pendidikan portfolio paling penting bagi kerajaan sejak Merdeka. Dalam tradisi kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional, seringkali menteri pendidikan dianggap sebagai anggota Kabinet paling kanan hanya selepas perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Seringkali apa yang berlaku ialah bakal perdana menteri yang dulunya sentiasa dari Umno diberikan portfolio pendidikan. Semua perdana menteri pernah menyandang jawatan menteri pendidikan.
Maka tindakan perdana menteri untuk mendapatkan menteri pendidikan baru jika dilihat sebagai usaha untuk memperbaiki prestasi dan persepsi terhadap kerajaan PH dapat difahami.
Kepentingan Kementerian Pendidikan inilah juga yang dipercayai mendorong Mahathir memegang potfolio itu pada mula ia membentuk Kabinet selepas kemenangan PH pada pilihan raya umum 2018. Hanya kerana bantahan dari parti lain dalam PH, beliau pun melantik Maszlee. Itupun dari PPBM dengan anggapan perdana menteri akan mudah memantaunya kerana dari parti yang sama. Tapi dari awal lagi sebahagian penyokong PH terutama dalam kalangan bukan Melayu dan golongan Melayu yang dikategorikan sebagai “sekular” atau “liberal” sangsi terhadap Maszlee. Ini kerana Maszlee dilihat sebagai seorang Islamis.
Tetapi isu pendidikan amat penting bagi pembangkang semasa pemerintahan BN. Dari 1980-an, parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia sentiasa tidak puas hati.
Bagi orang PAS, sistem pendidikan negara terlalu “sekular” dan kurang “Islami”. Bagi orang DAP, sistem pendidikan negara adalah mundur, ketinggalan dan diskriminatif. Bagi PRM pula, sistem pendidikan negara tidak cukup memihak pada rakyat bawahan.
Isu pendidikan sentiasa dibawa oleh pembangkang. Baik pada masa Gagasan Rakyat-Angkatan Perpaduan Ummah, mahupun ketika munculnya Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Setelah berdekad-dekad berlalu, pihak pembangkang melihat sistem pendidikan merosot sebegitu rupa.
Reformasi pendidikan agenda utama. Itulah juga apa yang berlaku pada tuntutan PH sebelum penyertaan PPBM. Apabila PPBM menyertai PH dan manifesto digubal, pembaharuan pendidikan antara agenda penting. Melihat muatnaik pendokong PH menjelang PRU, harapan mereka, terutama dalam kalangan orang bukan Melayu dan golongan Melayu “sekular-liberal” terhadap pembaharuan pendidikan adalah tinggi.
Penulis tidak mengenali Maszlee secara peribadi. Tetapi seringkali juga penulis mengikuti tulisan dan kata-katanya dalam majlis forum atau wawancara. Penulis melihat beliau intelektual muda yang berpotensi. Seorang pendakwah dan aktivis Islamis. Harapan penulis pada beliau adalah besar untuk menjadi salah seorang pemimpin ummah.
Pertama kali penulis menemui Maszlee dalam satu seminar anjuran Islamic Rennaissance Front (IRF) pada 2015. Bersama dengan tetamu lain beliau ada menceritakan tulisannya mengenai sejarah gerakan pelajar Islam, Islamic Representative Council (IRC) telah siap. Ketika itu, imej beliau tetap sebagai seorang intelektual Islamis. Tidak terfikir beliau akan menyertai politik. Kalau beliau menyertai politik, andaiannya sebagai seorang Islamis progresif, beliau akan menyertai Amanah dan bukannya PAS.
Maka mengejutkan menjelang PRU15, beliau dilaporkan meletak jawatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan menyertai PPBM untuk bertanding pilihan raya. Bagi pendokong PH dalam kalangan Islamis, langkah itu ada baik juga. Ini kerana kawasan yang diperuntukkan untuk Amanah adalah kecil. Malah ada bekas aktivis PAS yang menyokong PH menyertai PPBM dan bukannya Amanah dengan mendapat tempat bertanding.
Walaupun Maszlee kelihatan bekerja keras dalam kempen PRU itu tetapi penulis tidak menjangka beliau boleh menang. Lagipun beliau belum biasa dengan amalan berpolitik kepartian.
Tetapi mengejutkan beliau menang dan juga popular. Namun kejutan paling besar ialah beliau dilantik menjadi anggota Kabinet pada portfolio pendidikan. Di sini timbul keraguan, mampukah beliau menggalas potfolio yang penuh ranjau politik perkauman dengan cabaran prasarana yang besar. Ada pihak menyebut Maszlee mempunyai banyak idea dan idealis yang pasti membawa perubahan besar pada lanskap pendidikan negara. Bagi penyokong pemikiran Islam, kehadiran Maszlee memberi harapan.
Tetapi bagi sebahagian orang bukan Melayu dan Melayu “sekular-liberal”, seorang Islamis yang menerajui kementerian itu akan membuatkan bidang pendidikan negara melangkah ke belakang.
Bagi penulis ketika itu, seorang Islamis menerajui kementerian itu buat masa sekarang adalah divisif, dan ia menjejaskan fokus untuk melakukan rombakan besar-besaran terhadap pendidikan. Seorang Islamis dirasakan akan sentiasa mencari jalan untuk memasukkan elemen dakwah ke dalam sistem pendidikan.
Tetapi penulis tetap menaruh harapan kerana tentunya Maszlee yang mempunyai idea-idea murni akan dikemudi oleh Kabinet dan perdana menteri, di samping partinya dan PH sendiri.
Bagaimanapun, kes beliau dilantik sebagai pengerusi UIAM dan lambat melepaskannya suatu yang mengejut. Persoalan yang timbul adakah Maszlee tidak dapat faham amalan berpolitik secara berpasukan. Kemudian timbul pelbagai isu yang bukan saja pihak pembangkang ambil kesempatan tetapi juga kritikan dalam kalangan para pendokong PH sendiri.
Beliau melakukan banyak perkara baik semasa menjadi menteri. Beliau juga bekerja keras dan disukai banyak orang. Tetapi politik menuntut pemahaman terhadap denyut nadi bukan saja rakyat keseluruhannya, tetapi juga para penyokong PH sendiri. PH mempunyai harapannya sendiri dan mana-mana ahli politik yang tidak menurut rentaknya pasti menerima bahana. Biarlah perkara ini menjadi pengajaran bagi PH. Kehadirannya dalam kerajaan mendatangkan banyak manfaat tetapi di sudut lain pula, kerajaan PH membuang banyak masa daripada usaha untuk mencapai harapan asalnya dalam bidang pendidikan.