HUBEI - Seorang doktor pakar di hospital di wilayah Hubei, China disahkan maut dipercayai akibat jangkitan koronavirus.
Memetik Twitter China Global Television Network, Liang Wudong, 62, yang berkhidmat di Hospital Hubei Xinhua antara doktor yang bertanggungjawab menangani kes wabak virus yang bermula di Wuhan itu.
Wudong yang juga seorang pakar bedah di Hospital Jinyintan meninggal dunia pada jam 7 pagi hari ini menjadikan ia kematian pertama melibatkan seorang profesional perubatan sejak penularan wabak tersebut.
Wudong disyaki terkena jangkitan minggu lalu dan menerima rawatan di Hospital Jinyintan, lapor South China Morning Post yang memetik sumber.
Seorang wanita sedang melakukan saringan kesihatan. - Foto Getty Images
Media sebelum ini melaporkan Jabatan Kesihatan Wilayah Hubei mengesahkan 15 lagi kematian dan 180 kes baharu jangkitan koronavirus dikesan di wilayah itu ketika wabak itu semakin meningkat.
Wabak yang bermula di Wuhan, ibukota wilayah Hubei, mendorong China untuk meningkatkan langkah-langkah menyekat penularan virus termasuk menggantung pengangkutan awam di 10 bandar raya, menutup kuil sepanjang sambutan Tahun Baru Cina dan menutup sebahagian Tembok Besar.
Koronavirus yang baru dikenal pasti mencetuskan kebimbangan kerana tidak banyak diketahui mengenai virus ini seperti tahap bahayanya dan betapa mudah ia boleh disebarkan antara manusia.
Ia
Loading...
boleh menyebabkan radang paru-paru, yang menyebabkan kematian dalam beberapa kes.
MR : Bila Allah nak turun bala, sekejab aje... tanpa klu tanpa khabar terus merebak
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com




©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
MR : Bila Allah nak turun bala, sekejab aje... tanpa klu tanpa khabar terus merebak
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...