KETUA menteri Sarawak buat kali pertama memberi bayangan bahawa pakatan empat parti yang bersama memerintah negeri itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS), akan bergabung menjadi satu parti.
“Akhirnya kita akan menjadi satu (parti),” katanya menjawab soalan media sama ada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Pogresif Demokratik (PDP) akan bergabung dengan parti pimpinan beliau Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Bagaimanapun Abang Johari berkata perkara itu tidak akan berlaku dalam masa terdekat.
Katanya jika menjadi realiti, parti baharu itu akan menggunakan nama Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Kita perlu mengambil masa.”
Katanya beliau tidak pasti sama ada keempat-empat parti itu akan membentuk satu parti pada satu hari nanti.
“Saya tidak tahu. Saya tidak boleh meramal.”
Idea penggabungan itu bukan perkara baharu.
Pada 2018, timbalan ketua menteri yang juga presiden PRS James Masing membangkitkan idea penggabungan itu susulan tindakan Barisan Nasional Sarawak meninggalkan Barisan Nasional (BN) yang kalah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Masing dalam satu memo kepada Abang Johari ketika mesyuarat majlis presiden yang pertama pada 18 Jun 2018, mencadangkan supaya empat parti itu menghilangkan imej BN dan dibubarkan sebelum membentuk

Loading...
satu parti pelbagai kaum.
Memo itu bertarikh 11 Jun 2018.
Masing menyatakan bahawa parti bekas BN Sarawak perlu berubah susulan keputusan PRU14 dan menjadi parti yang tidak lagi berasaskan kaum.
Beliau berkata PBB, SUPP, PDP dan PRS perlu mengkaji semula struktur politik bagi kekal relevan sebelum pilihan raya negeri pada 2021.
PRS merupakan parti kedua terbesar dalam GPS manakala SUPP dan PDP adalah parti berbilang kaum.
PBB yang mengetuai gabungan itu, tidak menerima ahli bukan Dayak, Melayu atau Melanau.
“Akan menjadi kesilapan besar jika kita tidak berkembang dan bergerak ke depan terutamanya dalam cara kita mentadbir Sarawak,” kata Masing dalam memo itu.
“PRU14 adalah seruan kepada BN Sarawak untuk meneliti semula dan berkembang serta berubah dengan cara yang lebih baik.
“Jika tidak, kita akan dituduh hanya menukar nama tetapi masih kekal dengan cara lama.”
Masing, tidak seperti Abang Johari, pula berharap penggabungan itu akan berlaku sebelum Pilihan Raya Negeri 2021.
Beliau memberitahu yang sebilangan pemimpin PBB, terutamanya daripada sayap Bumiputera parti itu, bagaimanapun, memberi amaran yang penggabungan besar-besaran itu tidak boleh dilakukan terburu-buru.
“(Tetapi) Saya kata kita tidak ada banyak masa. Kita perlu buat,” katanya.
Beliau menguatkan hujahnya supaya penggabungan dibuat sebelum 2021 dengan memberikan contoh BN, GPS dan peranan Umno.
“BN kalah bukan kerana orang Malaysia tidak sukakan konsep BN sebagai sebuah pakatan.
“Orang Malaysia tolak BN kerana Umno mendominasi pakatan itu. Umno menjadi terlalu dominan, angkuh dan enggan mendengar suara parti kecil lain dalam pakatan.
“Tempoh 60 tahun mereka berkuasa membutakan mereka terhadap masalah orang lain dan pekak terhadap suara kumpulan kecil dalam pakatan.
“Jika GPS tidak distrukturkan dengan baik, apa yang berlaku kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan berulang pada Pilihan Raya Negeri 2021,” katanya