Oleh Abd Rashid Abdul Halim @ Jaafar
ISLAM sebagai agama yang sempurna, amat mementingkan persoalan akhlak dan keperibadian. Antara akhlak diajar Islam ialah menjaga kerahsiaan mengenai keaiban atau keburukan seseorang.
Setiap manusia pasti melakukan perkara salah atau yang ditegah Islam. Islam mengajar umatnya yang melakukan dosa dan kesalahan agar memohon taubat kepada Allah SWT, tanpa membuka atau menceritakan kepada orang segala keaibannya.
Ini bertujuan memelihara maruah dan keperibadian seseorang. Jika hal demikian menjadi tuntutan dalam Islam, maka sebarang tindakan sengaja mencari dan memperbesarkan keaiban orang di khalayak umum amat ditegah dan dibenci agama.
Pelakunya dinilai tidak bermaruah dan berperangai buruk walaupun mendakwa tujuan mendedahkan keaiban orang itu adalah baik.
Sesuatu perlakuan tidak dikira baik hanya dinilai dari sudut kesannya baik, tetapi perbuatan itu sendiri mesti juga perbuatan yang baik. Islam tidak mengiktiraf kebaikan ala ‘Robin Hood’ itu.
Mencari kesalahan orang lain maksudnya sengaja mencari keaiban atau keburukan orang, seperti mengintip atau mencari rahsia orang untuk mengaibkan. Ia bertujuan menunjukkan seseorang tidak baik dengan mendedahkan kepada orang ramai mengenai maksiat atau keburukan itu.
Kemudahan teknologi komunikasi hari ini lebih memudahkan kerja keji yang dilarang Islam ini dilakukan. Malah, manusia semakin menggila untuk menularkan apa sahaja bagi tujuan merosakkan imej seseorang.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 12 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
“Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Hujurat, ayat 12).
Perkara sama disabdakan Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud: “Janganlah kamu

Loading...
bermusuh-musuhan, jangan berhasad dengki dan jangan bercakap belakang dan jadilah hamba Allah yang bersaudara dan tidak halal bagi seorang Muslim untuk meninggalkan saudaranya (tidak bercakap) lebih tiga hari.”
Baginda juga berpesan dalam sabda yang bermaksud: “Siapa yang meringankan seorang mukmin daripada satu kesulitan dan kesulitan dunia, maka Allah akan ringankan untuknya satu kesulitan daripada kesulitan hari kiamat. Siapa yang memudahkan seorang yang mengalami kesulitan, maka Allah akan beri kemudahan untuknya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang Muslim, maka akan Allah tutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat.”
Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut perkara sama dalam bukunya Min Fiqh Al-Daulah fi Al-Islam: “Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelaku melakukannya secara sembunyi daripada pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya”.
Ini yang ditunjukkan pada lafaz hadis: “Siapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya.” Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar kemungkaran daripada orang lain.
Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat.
Pernah dikisahkan bahawa Abd al-Rahman Auf pernah berjaga malam bersama Umar al-Khattab.
Ketika sedang mengelilingi sebuah kampung, mereka melihat lampu yang menyala dari sebuah rumah, maka mereka pun menghampiri rumah itu.
Ketika mereka menghampiri, didapati pintu rumah terbuka tanpa seorang pun di dalamnya, sedangkan dari dalam rumah terdengar suara yang sangat kuat.
Berkata Umar sambil memegang tangan Abd al-Rahman: “Tahukah kamu rumah siapa ini?”; Abd al-Rahman menjawab: “Tidak”; Umar berkata: “Ini adalah rumah Rubiah Umayyah bin Khalaf, saat ini mereka sedang minum arak, bagaimana pendapat kamu?” Abdul Rahman berkata: “Aku fikir, kita sekarang sudah mengejar sesuatu yang dilarang oleh Allah. Bukankah Allah sudah berfirman: ”...dan janganlah kamu mengintip...” dan kita telah mengintip mereka?”. Selepas mendengar perkataan itu, Umar pergi dan meninggalkan mereka.
Pepatah Melayu juga ada mengatakan, satu jari kita menunjuk kepada orang lain, sembilan jari lagi semua menunjuk ke arah diri kita sendiri.
Islam mengajar umatnya agar memperbanyakkan men
cari dan menilai kelemahan diri sendiri, supaya kita dapat memperbaiki diri dan memelihara maruah diri.
Marilah kita terus membimbing diri agar mematuhi bimbingan Rasulullah SAW yang berpesan bahawa sesungguhnya umat Islam yang baik ialah orang yang meninggalkan perkara yang tiada kena mengena dengannya atau menjauhi perkara sia-sia.
Perbuatan mendedahkan keaiban orang adalah perbuatan yang sia-sia.
Penulis adalah Pensyarah Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Spanish Institute, Kulim, Kedah